SOALAN LAZIM SKIM SUBSIDI UPAH

SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ) PRIHATIN TAMBAHAN
PROGRAM SUBSIDI UPAH
SISTEM INSURANS PEKERJAAN (SIP), PERKESO BIL.2/2020 | 7 APRIL 2020

  1. Apakah Program Subsidi Upah?
    • Subsidi Upah adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah untuk tempoh 3 bulan sahaja.
    • Tujuan Program Subsidi Upah ialah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.
  2. Bilakah Program Subsidi Upah mula berkuatkuasa dan bila ia berakhir?
    • Program Subsidi Upah mula berkuatkuasa pada 1 April 2020.
    • Tempoh Program Subsidi Upah adalah selama 3 bulan bermula 1 April
    2020 atau mengikut bulan permohonan dikemukakan.
    •Tarikh akhir permohonan Program Subsidi Upah adalah pada 15
    September 2020.
  3. Apakah penambahbaikan Program Subsidi Upah yang diumumkan pada 6 April 2020?
    • Program Subsidi Upah yang diumumkan pada 6 April 2020 adalah menggantikan Program Subsidi Upah yang telah diumumkan pada 27Mac 2020. Penambahbaikan Program Subsidi Upah adalah seperti di Jadual 1 berikut:
Soalan Lazim Program Subsidi Upah (Prihatin Tambahan)

4. Siapakah yang TIDAK LAYAK memohon Program Subsidi Upah?

. Majikan atau perusahaan yang mendaftar dan beroperasi pada atau selepas 1 Januari 2020;
• Majikan dan pekerja yang belum berdaftar atau mencarum dengan PERKESO;
• Pekerja yang telah mendapat bantuan kewangan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) pada bulan yang sama;
• Pekerja yang bergaji bulanan melebihi RM4,000;
• Pekerja yang telah diberhentikan kerja;
• Pekerja sektor awam, badan berkanun persekutuan dan negeri, semua
badan berkanun yang diasingkan saraan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan) termasuk freelancers; serta
• Pekerja asing dan pegawai dagang (expatriate).

5. Bagi permohonan Program Subsidi Upah, apakah dokumen yang diperlukan?

• Dokumen yang diperlukan untuk permohonan Program Subsidi Upah ialah:

i. Senarai nama pekerja (mengikut had kelayakan saiz perusahaan);

ii. Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank
sahaja);
iii. Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh
majikan ketika pembukaan akaun bank seperti di 5 (ii) di atas. Sila rujuk pihak bank;

iv. Salinan pendaftaran SSM / ROS / ROB / pihak berkuasa perkhidmatan profesional, saintifik atau teknikal / lesen perniagaan;

v. Akuan Pengisytiharan PSU50; dan

vi. **Dokumen sokongan seperti penyata kewangan atau laporan jualan
yang telah disahkan oleh pihak pengurusan atau lain-lain dokumen
berkaitan.

**Nota: Dokumen sokongan bagi perusahaan bersaiz 76 orang pekerja dan ke atas

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan maklumat Business Registration Number (BRN) yang perlu diperolehi daripada pihak bank?
    • Maklumat Business Registration Number (BRN) adalah maklumat nombor
    pendaftaran perniagaan majikan yang didaftarkan oleh majikan ketika
    pembukaan akaun semasa syarikat di bank.
    • Majikan perlu mengisi Borang BRN yang perlu dimuat turun dari capaian
    laman sesawang prihatin.perkeso.gov.my dan memuat naik kembali ke
    laman sesawang tersebut setelah ianya dilengkapkan.
    • Maklumat Akaun Bank dan BRN syarikat seperti di atas diperlukan bagi tujuan pembayaran terus ke akaun majikan secara Electronic Fund
    Transfer (EFT).
  2. Apakah Akuan Pengisytiharan PSU50?
    • Akuan Pengisytiharan PSU50 ialah suatu dokumen pengesahan dan aku janji secara bertulis bahawa majikan mengesah atau mengisytiharkan perkara-perkara yang terkandung di dalamnya adalah benar dan betul bagi tujuan permohonan Program Subsidi Upah.
  3. Kenapakah pekerja yang bergaji RM4,000 ke atas tidak diliputi di bawah Program Subsidi Upah walaupun membuat caruman bulanan PERKESO?
    • Program Subsidi Upah adalah peruntukan daripada Kerajaan yang
    disalurkan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi (PRIHATIN) untuk membantu majikan yang terkesan akibat krisis COVID-19 untukmeneruskan pengoperasian dan mengekalkan pekerja mereka. Program ini juga adalah untuk lebih membantu pekerja dalam golongan B40 yang berpendapatan RM4,000 dan ke bawah.
  1. Bagi permohonan Program Subsidi Upah bulan berikutnya, adakah majikan perlu mengemukakan permohonan yang baru bagi tuntutan yang seterusnya?
    • Majikan tidak perlu mengemukakan permohonan Program Subsidi Upah
    yang baru bagi tuntutan kedua dan ketiga. Walau bagaimanapun, majikan dikehendaki mengemaskini perubahan maklumat bagi tuntutan kedua dan ketiga sekiranya berlaku apa-apa perubahan kepada status perniagaan atau bilangan pekerja yang layak melalui sistem. Kegagalan majikan tidak melaporkan perubahan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang.
  2. Bolehkah majikan yang telah beroperasi sebelum 1 Januari 2020 tetapi tidak berdaftar dengan PERKESO memohon Program Subsidi Upah?
    • Boleh. Mana-mana majikan yang ingin mengemukakan permohonan
    Program Subsidi Upah tetapi masih belum berdaftar dengan PERKESO,
    hendaklah memenuhi syarat berikut:
    i. Telah berdaftar dengan SSM, PBT atau pihak berkuasa perkhidmatan
    profesional, saintifik atau teknikal sebelum 1 Januari 2020 ii. Mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja
    iii. Mendaftar dengan PERKESO
  3. Bolehkah majikan yang telah menerima ERP mengemukakan permohonan Program Subsidi Upah?
    • Boleh. Majikan yang memenuhi syarat-syarat permohonan Program Subsidi Upah yang telah ditetapkan seperti di Jadual 1 (Soalan 3) boleh mengemukakan permohonan walaupun telah menerima ERP sebelum ini.

• Namun demikian, syarikat tidak boleh membuat tuntutan Program Subsidi Upah bagi pekerja yang telah menerima bantuan ERP pada bulan yang sama.

  1. Bolehkah majikan memohon semula Program Subsidi Upah yang terkini (6 April 2020) sekiranya majikan telah memohon Program Subsidi Upah yang telah diumumkan sebelum ini (27 Mac 2020)?
    • Boleh. Bagi majikan yang telah mengemukakan permohonan Program
    Subsidi Upah yang selaras dengan pengumuman pada 27 Mac 2020 DAN mempunyai pekerja melebihi 100 orang, majikan kini boleh mengemukakan permohonan baru bagi baki pekerja dengan jumlah had tidak melebihi 200 orang. Syarat-syarat permohonan adalah seperti di Jadual 1 (Soalan 3).
  2. Bagaimanakah perusahaan yang bersaiz 76 orang pekerja dan ke atas hendak membuktikan kadar penurunan pendapatan atau jualan sebanyak 50% atau lebih?
    •Majikan boleh membuktikan penurunan pendapatan atau jualan
    sebanyak 50% atau lebih dengan dokumen sokongan yang menunjukkan hasil jumlah jualan atau pendapatan pada bulan Januari 2020 berbanding bulan-bulan berikutnya.
  3. Syarikat saya mempunyai pelbagai Jabatan/ Bahagian/ Cawangan/ Unit. Bolehkah saya memilih sebahagian pekerja sahaja daripada Jabatan/ Bahagian/ Cawangan/ Unit yang tertentu untuk permohonan Program Subsidi Upah?
    • Boleh. Majikan boleh memilih mana-mana pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah untuk mendapat subsidi upah tersebut.
  4. Sekiranya majikan mengemukakan permohonan Program Subsidi Upah pada bulan Jun, adakah subsidi upah akan dibayar dari bulan April (backdated) atau bermula pada bulan Jun?
    • Subsidi upah akan dibayar mulai dari bulan permohonan dikemukakan
    dan tiada pembayaran bulanan ke belakang (backdated).
  5. Sekiranya saya tidak mengemukakan permohonan Program Subsidi Upah, adakah saya boleh memberhentikan pekerja saya pada bila–bila masa? •Boleh. Walau bagaimanapun, mana-mana majikan yang ingin
    memberhentikan pekerja adalah tertakluk di bawah semua Peraturan dan Undang-Undang Perburuhan di Malaysia seperti Akta Kerja 1955 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967.
  6. Salah satu syarat kelayakan bagi Program Subsidi Upah ialah majikan perlu mengekalkan pekerja selama 6 bulan. Sekiranya terdapat pekerja yang berhenti secara sukarela dengan majikan dan menerima subsidi upah sebelum ini, adakah majikan perlu mengemukakan permohonan yang baru?
    • Tidak. Sekiranya pemberhentian sukarela pekerja berlaku dalam tempoh 3 bulan pertama Program Subsidi Upah, majikan hanya perlu mengemaskini maklumat pekerja mengikut kelayakan di sistem. Kegagalan majikan tidak melaporkan perubahan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang
    .
  7. Adakah pekerja saya mempunyai hak untuk mengemukakan permohonan Program Subsidi Upah bagi diri sendiri?
    • Tidak. Semua permohonan Program Subsidi Upah mestilah dikemukakan
    oleh majikan.
  8. Bagaimanakah majikan akan dapat mengetahui sama ada permohonan subsidi upah telah diluluskan atau ditolak?
    • Majikan akan dimaklumkan status permohonan sama ada diluluskan
    atau ditolak melalui emel.
    • Senarai nama majikan yang diluluskan permohonan Program Subsidi
    Upah juga akan dipaparkan di laman web PERKESO https://eiscentre.perkeso.gov.my/ termasuk bilangan pekerja yang diluluskan.
  9. Apakah tafsiran gaji atau pendapatan RM4,000 ke bawah yang dimaksudkan bagi permohonan Program Subsidi Upah ini?
    • Tafsiran gaji atau pendapatan adalah mengikut tafsiran gaji di bawah
    Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 [Akta 4]. Semua pembayaran berbentuk wang kepada pekerja dianggap sebagai gaji seperti gaji pokok / kerja lebih masa / komisen / bayaran-bayaran sewaktu cuti tahunan, sakit, bersalin, rehat, kelepasan am dan sebagainya / elaun- elaun insentif, kelakuan baik, sara hidup dan sebagainya / caj perkhidmatan (service charge).
  10. Bagaimanakah cara untuk saya membayar gaji kepada pekerja saya, sekiranya menyertai Program Subsidi Upah?
    • Majikan hendaklah membayar gaji pekerja seperti biasa dengan kadar
    yang sama dan kemudian mengemukakan permohonan Program Subsidi Upah kepada PERKESO. Bantuan subsidi upah yang diterima dari PERKESO adalah bantuan kewangan kepada majikan. Bayaran caruman PERKESO dan SIP adalah wajib diteruskan berdasarkan gaji sebenar pekerja.
  11. Sekiranya seorang pekerja bekerja dengan Syarikat A dan Syarikat B dan mencarum kepada PERKESO, adakah kedua-dua syarikat layak untuk memohon Program Subsidi Upah?
    • Ya. Kedua-dua syarikat layak untuk memohon Program Subsidi Upah bagi
    pekerja yang sama selagi mematuhi syarat-syarat kelayakan seperti di Jadual 1 (Soalan 3).
  12. Syarikat saya mempunyai pekerja warganegara Malaysia dan juga pekerja bukan warganegara tetapi belum mendaftar dengan PERKESO. Bolehkah saya mendaftar dengan PERKESO dan memohon Program Subsidi Upah bagi pihak pekerja warganegara Malaysia sahaja?

    • Boleh. Majikan perlu mendaftar atau mencarum terlebih dahulu dengan PERKESO sebelum mengemukakan permohonan Program Subsidi Upah. Permohonan ini hanya layak untuk pekerja warganegara Malaysia sahaja. Majikan juga perlu mengisytihar jumlah bilangan pekerja warganegara Malaysia dan pekerja bukan warganegara**
    .
    **Nota: Definisi Saiz Perusahaan adalah berdasarkan jumlah bilangan pekerja warganegara Malaysia DAN bukan warganegara
  13. Apakah perbezaan antara SIP, Program ERP dan Program Subsidi Upah?
    Sistem Insurans Pekerjaan (SIP)
    Program Pengekalan Pekerjaan (ERP)
    Program Subsidi Upah
    PUNCA KUASA • Akta Sistem Insurans
    Pekerjaan 2017 [Akta 800]
    • Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) 2020 pada 16 Mac 2020
    • PRIHATIN pada 27 Mac 2020
    • Penambah- baikan PRIHATIN pada 6 April 2020
    PENERIMA FAEDAH • Pekerja yang kehilangan
    pekerjaan
    • Pekerja yang diberi cuti tanpa gaji (CTG) oleh majikan
    • Subsidi upah kepada majikan untuk tujuan mengekalkan pekerja
    TARIKH • 1 Januari 2018 KUATKUASA
    • 1 Mac 2020 • 1 April 2020 (Permohonan
    mulai 20 Mac
    2020)
    9 Sistem Insurans Pekerjaan (SIP)
    Program Pengekalan Pekerjaan (ERP)
    Program Subsidi Upah
    PERMOHONAN • Dikemukakan • Dikemukakan • Dikemukakan oleh pekerja oleh majikan oleh majikan
    yang diberhentikan
    SYARAT
    • Disahkan berlakunya kehilangan pekerjaan
    • Memenuhi syarat
    kelayakan
    caruman SIP
    • Bersedia untuk bekerja dan
    mencari kerja secara aktif
    • Pekerja bergaji RM4,000 dan ke bawah
    • Sekurang- kurangnya tempoh cuti tanpa gaji adalah 30 hari
    • Pekerja bergaji RM4,000 dan ke bawah
    • Majikan hendaklah mengekalkan pekerja mereka sekurang- kurangnya untuk tempoh 6 bulan
    • Syarat-syarat lain seperti di Jadual 1 (Soalan 3)
    FAEDAH/ BANTUAN
    • Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) (80% hingga 30% daripada gaji untuk tempoh 3 – 6 bulan)
    • Yuran dan Elaun Latihan dan lain- lain

    RM600 sebulan bagi seorang pekerja untuk tempoh 1 hingga 6 bulan

    RM600 atau RM800 atau RM1,200 sebulan bagi seorang pekerja untuk tempoh 3 bulan, bergantung kepada jumlah pekerja syarikat
    KAEDAH https://eis.perkeso. PERMOHONAN gov.my
    https://www.perke http://prihatin.perk so.gov.my eso.gov.my/
    Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 03-4264 5555 / 03-8091 5100 / 1-300-22-8000 atau emel kepada perkeso@perkeso.gov.my
    PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO) Dikemaskini pada 7 APRIL 2020
    10