Soalan Lazim Geran Khas Kepada Penjaja dan Peniaga Kecil (Sarawak)

  1. Siapakah yang layak untuk menerima Geran Khas RM1,500?

    Penerima Geran Khas RM1,500 merupakan penjaja dan peniaga kecil yang mempunyai lesen dengan pihak berkuasa tempatan.

  2. Sekiranya saya tidak mempunyai lesen dengan Pihak Berkuasa Tempatan, bolehkah saya menerima bantuan?

    Bagi yang tidak mempunyai lesen / permit, sila buat pendaftaran dengan pihak berkuasa tempatan dengan menyatakan tujuan untuk mendapatkan bantuan geran khas dengan mengisi borang secara manual atau secara atas talian. Borang manual boleh diperolehi dari kaunter perkhidmatan di Pihak Berkuasa Tempatan yang berhampiran anda. Pendaftaran dibuka sehingga 31 Mei 2020.

    Pertimbangan akan dibuat berdasarkan kriteri-kriteria yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

  3. Bilakah pembayaran Geran Khas RM1,500 akan dibuat?

    Pembayaran secara kredit ke akaun Sarawak Pay kepada setiap penerima yang telah mengemukakan maklumat lengkap, memenuhi syarat- syarat yang ditetapkan dan layak dalam dua (2) fasa seperti berikut:

    (a) Fasa Pertama (RM750) : mulaiApril / Mei 2020

    (b) Fasa Kedua (RM750); mulai Jun / Julai 2020

  4. Bagaimanakah bayaran Geran Khas RM1,500 dibuat?

    Pembayaran dilakukan melalui 2 kaedah iaitu:

    (a) sekiranya anda mempunyai lesen perniagaan dan telah mempunyai akaun Sarawak Pay yang disahkan sebelum 15 April 2020, bayaran akan dikreditkan ke akaun Sarawak Pay mulai 23 April 2020; manakala

    (b) Sekiranya anda mempunyai lesen perniagaan tetapi tidak dapat mendaftar dalam akaun Sarawak Pay atas sebab yang munasabah dan boleh diterima, bayaran tunai boleh dituntut dari mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran dengan mengemukakan kad pengenalan dan lesen perniagaan mulai Mei 2020; manakala

    (c) Sekiranya anda telah mendapat permit perniagaan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan telah mempunyai akaun Sarawak Pay yang disahkan sebelum 31 Mei 2020, bayaran akan dikreditkan ke akaun Sarawak Pay mulai Jun 2020; manakala

    (d) Sekiranya and telah mendapat permit perniagaan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan tetapi tidak dapat mendaftar dalam akaun Sarawak Pay atas sebab yang munasabah dan boleh diterima, bayaran tunai boleh dituntut dari mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran dengan mengemukakan kad pengenalan dan permit perniagaan mulai Jun 2020.

  5. Bagaimana cara untuk mendaftar akaun Sarawak Pay?

    Aplikasi Sarawak Pay boleh dimuat turun dari Google Play Store atau Apple Store ke dalam telefon pintar anda.
    Sila hubungi nombor berikut untuk pertanyaan: Talikhidmat – Tel:082-555 999 / e-mail:555999@sarawak.gov.my

Sila klik artikel Soalan Lazim Geran Khas Prihatin

3 Comments

  1. NORAINIE BINTI ABANG ZULKIPLI

    tolong semak permohonan saya sudah di terima atau tidak…saya membuat permohonan melalui aplikasi SARAWAK PAY
    TERIMA KASIH

    • DAH IKHWAN

      Sila hubungi tele-khidmat secara langsung. No telefon ada tertera dalam artikel.

  2. Saya dh mendaftar untuk bantuan peniaga kecil sayang Sarawak,belum ada apa2 dari jwb dari bermula PKP Sehingga sekarang,Saya peniaga kecil yg di jalanan kampung p. Jawa/@Gita di hadapan masjid attaqwa..Berniaga Sate kecil-kecilan..perolehan seharian kami sedikit sebanyak menampung kehidupan kami sekeluarga dan perbelanjaan harian..Keadaan utk permulaan perniagaan amat sukar bagi kami..ini kerana perolehan perniagaan pada bln ramadhan tidak dpt kami perolehi dari ramadhan yg seperti tahun sblmnya.. Saya berharap sangat bantuan khas utk perniaga kecil seperti saya yg baru utk bermula semula dipermudah kan bagi menampung dgn pelbagai benda yg perlu di byr dan di tanggung selama pkp..Harap pihak Kerajaan Boleh mempertimbangkan dan membantu kami perniaga kecil jalanan..

Comments are closed