Ramalan Covid-19 hujung September dan Oktober 2021

Ramalan jangkitan COVID-19 dalam Blog ini menjelang Hari Kemerdekaan terbitan 28 Julai lalu adalah cukup tepat dengan angka sebenar berjumlah 20,897 kes baru berbanding anggaran kira-kira 19,000 kes baru (maksima) semalam. Sementara itu, purata kes harian untuk 31 Ogos dan sehari sebelum dan sehari selepasnya ialah 19,642.

Bagaimanapun artikel tersasar dengan ramalan maxima 46 kes kematian berbanding 282 kes sebenar semalam.

Harap ma’af diatas kesilapan ini. Ini di sebabkan adanya kesilapan komputasi, disamping beberapa fakta yang belum begitu jelas ketika ramalan ini diterbitkan. Beberapa negara, termasuk Malaysia, baharu mulai menghadapi Varian Delta ketika itu dan trend jangkitan belum nampak jelas untuk membuat rumusan yang lebih tepat.

Kajian Penularan Covid-19

Terlebih dahulu saya ingin lagi menegaskan yang saya bukanlah seorang pakar perubatan, tetapi hanyalah seorang penyelidik sosia-ekonomi dan telah banyak menyelidik data-data pilihanraya dan ekonomi untuk tujuan membuat ramalan. Bahasa atau istilah yang saya gunakan berupa istilah biasa yang mudah difahami umum.

Saya telah menyemak data baru tentang COVID-19 sejak beberapa minggu lepas dan telah sempat mendalaminya.

Pertama, diketika itu masih belum jelas sama ada Vaksinasi mampu mengekang jangkitan. Sejak penghujung bulan Julai 2021, fakta menjadi semakin jelas yang Vaksin tidak mampu menahan jangkitan dalam beberapa keadaan, walaupun ia betul mengurangkan kes serius dan kes kematian. Ini terbukti di Britain, Amerika Syarikat, Israel, Singapura dan lain negara dimana vaksin selepas enam bulan sudah menunjukkan kurang kesannya. Di Malaysia pula misalnya, lebih daripada 60% penduduk Sarawak telah divaksin sepenuhnya, tetapi kadar jangkitan masih pula naik mendadak.

Apa yang nampak setakat ini ialah beberapa negara sedang mengkaji data-data terkini tentang keberkesanan vaksin dan juga antibody daripada jangkitan, secara menyeluruh dan terperinci. Namun demikian, syukur alhamdulillah vaksin setakat ini telah menampakkan kesan kukuh dalam mengurangkan kadar kematian ketahap yang minima.

Tahniah kepada mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyddin Yassin dan YB Khairy Jamaluddin diatas kejayaan dalam merancang dan melaksanakan Program Vaksinasi Negara dengan amat baik.

Kedua, data-data juga menunjukkan yang kadar jangkitan menurun secara ‘misteri’ di India dan Indonesia walaupun negara-negara ini hanya mencapai kadar suntikan vaksin yang amat rendah hingga kini. Jumlah jangkitan kumulatifnya juga masih rendah, iaitu 2,523 kes dan 1,519 kes bagi setiap 100,000 penduduk masing-masingnya di India dan Indonesia, iaitu terlalu rendah untuk immuniti kelompok. Tetapi, angka-angka inilah yang menjadi titik trend menurunnya jangkitan di negara-negara ini.

Ini seolah-olah kedua-dua negara India dan Indonesia dilindungi Tuhan walaupun, tidak seperti di Malaysia, kerajaannya tidak sebok-sebok merancang dan mengambil tindakan yang hebat memerangi pandemik ini. Ataupun sebaliknya angka rasmi yang diterbitkan oleh kedua-dua negara ini tidak lengkap dan besar juga kemungkinan angka sebenar tidak diketahui dan jauh melebihi angka rasminya.

Di Malaysia pula titik trend menurun berbeza bagi setiap kawasan. Di negeri Selangor, kadar jangkitan kumulatif bagi setiap 100,000 orang penduduk menjangkau 8,902 orang sebelum trend penurunan bermula. Di Kuala Lumpur pula angkanya ialah 9,691, Negeri Sembilan 7,923 dan Pulau Pinang 4457, Kedah 4,119 dan Melaka 4,251. Untuk seluruh Malaysia saya agak munasabah menganggarkannya di paras sekarang, ia itu 5,500 orang.

ANNUR SCENTED HAND SANITIZER

Apa yang kita nampak ialah titik mulanya penurunan jangkitan berbeza dari negara ke negara, malah juga berbeza di negeri-negeri di Malaysia. Ada beberapa hipotesis dalam kajian di Amerika Syarikat dan India tentang perbezaan ini, tetapi dapatannya belum lagi muktamat.

Antara hipotesis yang di selidiki ialah perbezaan iklim mungkin satu daripada penyebabnya, iaitu iklim sejuk dan kering lebih merangsang jangkitan virus berbanding iklim panas dan humid, atau sebaliknya.

Satu lagi dapatan ialah di kawasan bandar yang lebih padat penduduknya, jangkitan merebak lebih cepat terutama sekali di kawasan bandar yang banyak kawasan setinggan dan penempatan pekerja. Ini mungkin menjadikan Kawasan Lembah Kelang sebagai hotbed COVID-19 di Malaysia selama ini.

Tetapi ada juga kajian di Amerika Syarikat mendapati yang jangkitan kemudianya menular juga di kawasan kurang padat dan di luar bandar kemudiannya. Dapatan ini mempunyai implikasi kepada negeri-negri lain di Malaysia yang belum cukup banyak dijangkiti , seperti negeri Sabah, Sarawak dan beberapa negeri di Semenanjung, terutama yang berlokasi jauh dari Lembah Kelang.

Satu lagi fakta yang harus dikaji ialah perbezaan titik penurunan trend dari segi kadar jangkitan bagi setiap 100,000 penduduk di berlainan negara. Dari sudut ini mengapakah penduduk di India dan Indonesi di dapati lebih kebal Covid-19 berbanding negara maju dan Malaysia. Ada hipotesis mencadangkan yang penduduk negara miskin seperti India dan Indonesia yang tiada sistem sanitasi yang lengkap, penduduknya memang terlebih dahulu terdedah kepada pelbagai virus dan kuman dan ini menguatkan immuniti mereka.

Juga dinegara seperti India dan Indonesia, penduduknya lebih ramai dari golongan muda yang sudah sememangnya mempunyai imuniti yang lebih kuat.

Satu lagi perkara berkaitan ialah kadar kematian. Dalam ramalan menjelang merdeka, saya menjangka yang kadar kematian akan menurun kepada maksima 46 orang sehari. Ini berdasar kadar sebenar di negara lain dan di Sarawak yang telah menerima vaksin yang cukup tinggi. Fakta rujukan bagi kadar kematian ini sesungguhnya betul, tetapi di waktu transisi sekarang, ia memerlu masa untuk menurun kerana masih ramai lagi pesakit stage 4-5 yang berada di hospital sekarang sebenarnya diadmit sejak awal bulan Ogos lagi . Mereka ini, sebahagian besar belum menerima vaksin, sudah di admit seawal 4 minggu sebelum ini. Inilah yang mengekalkan kadar kematian yang tinggi ketika ini. Selain itu, dikalangan yang menerima jangkitan dalam bulan Ogos, ada yang tidak di admit di hospital, setelah meninggal, direkod sebagai ‘brought in dead’.

Jadi, kadar kematian yang lebih rendah dan munasabah hanya akan nampak dalam beberapa minggu setelah trend jangkitan harian menurun. Ramalan kematian untuk hujung bulan September dan Oktober dibuat berpandukan fakta ini.

Sementara itu kadar kumulitif jangkitan di Malaysia nampaknya sudah mencapai paras titik penurunan dengan 5,500 kes bagi setiap 100,000 penduduk. Jadi kes harian dijangka mulai menurun selewat-lewatnya dua minggu dari sekarang. Trend menurun juga dikukuhkan dengan kadar vaksinasi penuh setinggi 80% penduduk Malaysia yang pasti dapat dicapai di hujung bulan Oktober.

Bagaimanapun, mengikut hasil kajian baru-baru ini, keberkesanan vaksin akan luput selepas enam ke lapan bulan. Jadi, Malaysia nampaknya perlu memulakan program dos ketiga sebelum hujung tahun ini bagi melindungi penduduk seterusnya.

Ramalan

Dibawah saya perturunkan Carta Ramalan COVID-19 untuk hujung bulan September dan Oktober untuk makluman pembaca sekalian.

.

Ramalan ini dibuat dengan andaian tiada lagi varian baharu yang ganas seperti Delta Varian yang timbul dalam beberapa bulan kehadapan, serta program vaksinasi yang dirancang dan dimulakan di bawah Kerajaan mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyddin Yassin akan terus dilaksanakan dengan berkesan.Sekiranya ramalan ini dapat dicapai, maka Malaysia sudah boleh dibuka seperti biasa dengan hanya menggunakan SOP minima seperti pengunaan pelitup muka dan mencuci tangan termasuk penggunaan Hand Sanitizer sahaja. Wallahu a’lam.

.

DAH IKHWAN