Malaysia Lebih Berjaya Dalam Mengawal COVID-19

Penilaian sesuatu inisiatif biasanya sukar dibuat kerana ia lazim di lihat dari segi pandangan politik sumber informasinya. Begitu juga halnya program mengawal Pandemik COVID-19.

Sumber kerajaan sekalipun berbelah bagi bergantung dengan kumpulan mana yang terlibat. Perdana Menteri Ismail Sabri mungkin berasa gembira kepada kejayaan ini, tetapi kumpulan Kluster Mahkamah mungkin tidak. Lebih ekstrem lagi, pihak Pembangkang sememangnya menganggap Perang COVID-19 sebagai gagal dan Kerajaan PN wajib ditumbangkan kerana kegagalan ini.

Saya tidak menyalahkan Pakatan Harapan berpendirian demikian kerana Tan Sri Muhyddin Yassinlah yang menjadi arkitek dan penglima perang COVID-19, dan dia jugalah dianggap sebagai pengkhianat oleh Pakatan Harapan yang dikuasai DAP hingga sekarang. Justeru itu di Malaysia apa-apapun dinilai dengan kacamata politik.

Saya bertujuan memberi gambaran yang jelas dan objektif. Pertama, kita perlu faham keadaan panik dikalangan penduduk dalam bulan Julai Ogos tahun ini. Rakyat bagaikan kehilangan semangat apabila mereka kehilangan mata pencarian dan menempuhi kegagalan dalam perniagaan. Ramai terpaksa menceburi perniagaan kecil-kecilan, seperti juruterbang sebagai peniaga goreng-pisang atau golongan bergaji kecil terpaksa mengibar bendera putih dihadapan rumah ketika berhadapan dengan suasana kecemasan makanan semasa lockdown PKP.

Bagaimanapun, suasana yang mereka hadapi tidak hanya berlaku di Malaysia. Ia berlaku di hampir semua negara termasuk negara-negara maju. Apa tah lagi di negara-negara miskin seperti Filipina, India dan Indonesia.

_____________________________________

Sila lihat Analisis dan Ulasan Keputusan PRN Melaka

______________________________________

Ramalan yang pertama saya terbitkan pada 28 Julai untuk menjelang hari Merdeka pada hujung bulan Ogos. Pada saya ramalan ini amat bererti sekali berbanding ramalan pilihanraya yang biasapun saya buat sejak tiga belas tahun lalu. Lagipun Ramalan COVID-19 lebih mudah dihasilkan dengan tepat. Ini kerana virus bagaikan tentera yang menyerang membabi-buta – jadi tidaklah sukar meramalkan kesudahannya. Jika kita memiliki senjata atau perisai, kita pasti menang. Walaupun Virus bisa bermutasi seperti Varian Delta, tetapi ia tidak mungkin merebak ganas dengan`berterusan sehingga mengancam kewujudan manusia.

Hasil Ramalan Menjelang Merdeka hanya separa tepat. Kes baru COVID-19 mencapai purata tiga hari 19,642 berbanding angka ramalan 19,000 kes. Kadar kematian sebenar masih tinggi diparas 282 kes berbanding angka ramalan 46 kes.

Ramalan kedua telah diterbitkan pada awal September untuk hujung bulan September dan Oktober. Saya rasa ini perlu diterbitkan bukan hanya untuk membantu mengawal rasa ketakutan rakyat, tetapi lebih-lebih lagi sebagai garis ukur bagi menilai prestasi kerajaan dalam masa dua bulan yang kritikal ini. Kerajaan tidak membuat ramalan sendiri, mungkin bimbang sekiranya ramalan tidak mampu dicapai.

Carta di bawah menunjukkan data kes jangkitan dan data kematian baharu berbanding dengan data ramalan yang telah terbitkan:

.

.

Dalam carta di atas, Malaysia telah mampu mencapai angka seperti diramalkan. Kes jangkitan sebenar pada 1 September ialah 20,215 berbanding dengan 19,642 yang diramalkan. Pada 31 Oktober 2021, jumlah kes baru telah menurun kepada 5,153 berbanding 5,335 yang diramalkan.

Demikian juga, kes kematian sebenar telah menurun kepada 250 berbanding dengan 278 diramalkan pada 1 September 2021. Sehingga 31 Oktober pula angka kematian harian telah menurun kepada 48 kes berbanding 75 yang diramalkan.

Memandangkan yang data ramalan berasaskan kepada suasana global, ini bererti Malaysia telah mengatasi prestasi global dalam membendung COVID-19 pada bulan September dan Oktober 2021.

Carta di atas hanyalah sebahagian daripada data digunakan dalam penilaian ini. Maka penilaian yang lebih lengkap dapat dihasilkan dengan membandingkan data-data utama yang merangkumi keseluruhan tempoh Pandemik.

Jadual dibawah menunjukkan kedudukan Malaysia berbanding negara terpilih dalam tempoh pandemik sejak awal tahun 2020 menggunakan parameter Pertubuhan Kesihatan Dunia.

COVID-19 Data Negara Terpilih-Tarikh:2 November 2021

NegaraJumlah Kes jangkitan setiap
100,000 penduduk
Jumlah Kematian setiap
100,000 penduduk
Kes Harian Terkini setiap 100,000
penduduk
Kadar penduduk telah menerima vaksin penuh %
US13,7212224057%
UK13,3392064967
Perancis10,2741702.868
*India2,467330.924
*Indonesia1,535530.327
Malaysia7,5508815.575
Jepun1,366140.1573
Thailand2,7532811.044
Singapura3,4637.359.280

**Nota: Data rasmi India dan Indonesia mungkin understated
Sumber: WHO Website, KKM COVIDNOW,oneworldindata.org

Untuk membolehkan perbandingan, data setiap negara diselaraskan dengan mengguna angka bagi setiap 100,000 orang penduduk. Dengan cara ini satu set data baru diolah, menghasilkan data-data seperti dibawah:

Kes jangkitan terkumpul merangkumi tempoh tahun 2020/21 menunjukkan negara Amerika Syarikat dalam kedudukan terburuk dengan 13,721 kes bagi setiap 100,000 penduduk. Sebaliknya India menduduki tempat yang terbaik dengan hanya 2,467 kes dalam jangka waktu yang sama. Sementara itu Malaysia merekodkan angka 7,550 kes.

Amerika Syarikat juga menduduki tempat yang terburuk dengan 222 kematian terkumpul daripada setiap 100,000 orang penduduk, manakala Singapura terbaik dengan angka 7.3 kes sahaja. Malaysia merekodkan angka sederhana tinggi dengan 88 kes bagi setiap 100,000 orang penduduk dalam masa yang sama.

Bagaimanapun jumlah kes terkini menunjukkan Singapura dalam keadaan terburuk dengan 59.2 kes harian pada setiap 100,000 orang penduduk pada 2 November 2021. Malaysia pula menunjukkan penurunan kes terkini yang drastik dengan angka 15.5 kes sahaja sebagai perbandingan.

Angka kadar penduduk yang telah menerima vaksin sepenuhnya menunjukkan Singapura dalam keaadaan tertinggi dengan 80%, dengan Malaysia, 75%.

.

KOMEN

Sementara membaca jadual di atas, anda perlu ambil perhatian yang tidak semua data rasmi yang dipaparkan itu sahih. Negara India dan Indonesia benar menunjukkan angka yang baik, tetapi rekod data rasmi bagi dua negara ini banyak dipertikaikan.

Suatu Survei yang dilaporkan oleh Reuters di Indonesia menyatakan data rasmi bagi jangkitan dan kematian akibat COVID-19 adalah terlalu rendah dan tidak munasabah. Dapatan Survei tersebut menunjukkan kadar jangkitan dan kematian adalah 15 kali ganda lebih tinggi, berasaskan sampel yang diambil dari kalangan penduduk. Situasi yang sama juga direkodkan di India, dan ini sememangnya dijangka memandangkan ramainya penduduk serta ketiadaan sistem perkhidmatan kesihatan yang baik di kedua-dua buah negara ini.

Jika dapatan ini diambil kira, maka kadar jangkitan dan kematian dikedua-dua negara terwsebut adalah lebih buruk daripada situasi di Malaysia.

Singapura pula, jiran terdekat kita, selalu dianggap terbaik dalam serba-serbi termasuk dalam mengawal Pandemik COVID-19. Ini mungkin betul sehingga sekarang. Tetapi data jangkitan terkini (2 November 2021) menunjukkan cerita sebaliknya. Hakikatnya Singapura sekarang sedang bergelut dengan gelombang baru dan kini merekodkan kes tertinggi di antara negara dalam jadual diatas, mencecah 59.2 kes bagi setiap 100,000 orang penduduk.

Apa yang kita alami bergantung kepada pilihan strategi kita sendiri. Sesebuah negara yang terlalu terbuka dengan hanya kawalan SOP yang minima seperti Amerika Syarikat dan Britain, menghadapi akibat yang paling teruk.

Sebaliknya negara-negara Asia Timur seperti China, Jepun dan Korea memilih kawalan yang ketat, jadi akibatnya jauh lebih baik di sana.

Di Malaysia dan Singapura pula, kita mengamal strategi yang sederhana menjaga lives and livelihood rakyat. Akibatnya Malaysia mengalami kes yang agak tinggi, tetapi masih mampu diuruskan tanpa bebanan yang terlalu berat kepada penduduk dan sistem kesihatan awam. Tren menurun yang kita alami sekarang agak pasti menandakan keadaan genting sudah berlalu.

Meskipun dengan kejayaannya setakat ini, jika dilihat dari jumlah kes terkini, Singapura tidak terlepas sepenuhnya. Jumlah kes mungkin belum memuncak lagi.

Varian Delta didapati lebih mudah merebak daripada varian sebelumnya. Setakat ini negara China, Jepun dan Korea masih dapat bertahan lagi, tetapi sampai bila? Jawapannya setakat ini mungkin dengan adanya kawalan yang amat ketat di sempadan negara tersebut. Strategi kawalan adalah pilihan mereka sendiri kerana keadaan sempadan yang tidak mudah ditembusi. Jadi soalnya sampai bilakah mereka mampu bertahan tanpa membuka sempadan. Sebaik sahaja dibuka, adakah penduduk masih dapat bebas daripada jangkitan?

.

PENUTUP

Kesimpulannya Malaysia telah mengambil strategi yang betul dalam memerangi COVID-19. Ini telah memberi hasil yang baik dengan mementingkan soal kesihatan dan ekonomi penduduk yang seimbang.

Ia memerlukan perancangan rapi dan pemikiran yang strategis bagi mencapai kejayaan setakat ini. Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Tan Sri Muhyddin Yassin, Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Noor Hisham Abdullah dan pasukan yang merancang strategi dalam memerangi ancaman COVID-19. Rakya Malaysia sayang anda kalian, tetapi kita perlu memberi jalan untuk mereka meneruskan perjuangan ini untuk menentukan kemenangan seterusnya dan demi masa depan negara.

.

.

DAH IKHWAN