Pakej Bantuan PKP (COVID-19) Bernilai RM40 Bil. Disini Butirannya.

Tujuan pakej ini adalah untuk meningkatkan kemampuan kesihatan masyarakat, memastikan kesejahteraan masyarakat, dan menyokong kelangsungan perniagaan.

Putrajaya akan membelanjakan RM1 bilion untuk meningkatkan keupayaan kesihatan awam, dengan RM450 juta dibelanjakan untuk menambah katil pesakit dan kapasiti ICU untuk pesakit Covid-19 di hospital awam, hospital universiti, dan hospital medan.

Pakej BKSS 6.0 Berjumlah RM 1.4 Bil

JUMAAT, 28 MEI 2021

YAB Ketua Menteri berharap langkah-langkah dalam Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang 6.0 dengan perbelanjaan kerajaan Sarawak sebanyak RM1.4 Bilion termasuklah langkah-langkah yang sedang dalam pelaksanaan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh kita semua ketika melalui sa’at yang paling sukar ini.

Antara langkah-langkah pembayaran tunai adalah pertama, insentif untuk Ketua Isi Rumah B40 Sarawak untuk tempoh 6 bulan (RM250 sebulan – mulai 31 Julai 2021 hingga 31 Disember 2021) dan individu bujang B40 berumur 21 tahun ke atas (RM500 secara one-off – mulai 31 Ogos 2021).