Analisis Keputusan PRN Johor 2022

Kosong undi Melayu untuk Pakatan Harapan dan kosong pula undi Cina untuk Perikatan Nasional. Tidak dijangka, tetapi itulah hakikatnya pada PRN Johor baru-baru ini.

Empat hari Pilihan Raya Negeri Johor telah berlalu dan banyak analisis telah diterbit dalam akhbar, telivisyen dan di alam maya. Saya mengambil lebih sedikit masa untuk membuat analisis ini kerana seperti biasa, perlu membuat kajian yang cukup terperinci untuk memberi gambaran yang tepat untuk faedah kita bersama.

Alhamdulillah Ramalan yang diterbitkan dalam Blog ini dua hari sebelum tarikh membuang undi terbukti betul dan menyamai senario pencapaian BN yang maksima. Dalam senario ini saya meramal BN mencapai 35 kerusis DUN berbanding pencapaian sebenar sebanyak 40 kerusi.

Sekarang mari kita mengkaji data-data keputusan dengan tujuan mencari gambaran yang jelas dan implikasinya kepada potensi setiap parti besar yang terlibat untuk memenangi PILIHAN RAYA UMUM KE 15 nanti.

Data yang digunapakai ialah hasil daripada multiple regression analysis sokongan setiap kaum kepada parti BN, Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional dalam PRN Melaka dan Johor, dan ini dibandingkan dengan pencapaian dalam PRU 14 terdahulu. Dengan cara ini kita dapat menyaksi trend sentimen politik kaum dan kumpulan umur dari tahun 2018 hingga tahun 2022. Sebagai peringatan, multiple regression analysis ialah kaedah ilmu ststistik yang biasa digunakan dalam kajian ilmiah dan menggunakan data yang sebenar. Data-data ini kesemuanya boleh didapati dari akhbar dan website Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.

Dalam konteks PRU, data-data ini dikutip daripada semua kawasan pilihanraya dalam PRU dan PRN yang dikaji, dan merangkumi data undi diperolehi setiap parti besar serta pecahan undi mengikut kaum dan umur pengundi. Secara ringkas setiap projek analisis perlu mengumpul dan memperoses kira-kira 2,000 data, satu kerja yang amat rumit dan mengambil banyak masa. Ia boleh dibuat dengan mudah bagi mereka yang ada kepakaran dan ada data yang merentasi beberapa Pilihan Raya.

Analisis Barisan Nasional

Dalam PRN Johor ini BN telah berjaya mengutip 60.7% undi daripada undi kaum Melayu, menunjukkan penurunan daripada 63.7% yang diperolehi dalam PRU 14. Namun, BN berjaya mengutip 12.7% undi Cina dan 35.6% undi India dalam PRN Johor 2022.

Analisis Pakatan Harapan

PH pula gagal mendapat sebarang undi kaum Melayu dalam PRN Johor 2022, sementara undi dari kaum Cina pula menurun ke 81.7% dan undi dari kaum India 36.6%.

Analisis Perikatan Nasional

Perikatan Nasional telah berjaya memperolehi 38.6% undi Melayu, tiada perubahan berbanding pencapaian Bersatu+PAS dalam PRU 14. Namun PN gagal memungut undi kaum Cina, tetapi berjaya mengutip 27.3% undi India.

Analisis terperinci dipaparkar dalam jadual dibawah untuk perhatian pembaca yang mahir dalam multiple regression analysis.

Implikasi dalam PRU 15

Penurunan undi terkini Melayu untuk BN di Johor menggambarkan penurunan juga berlaku di seluruh Semenanjung. Jika ini tidak begitu signifikan di Johor, tetapi di negeri selain Johor, Melaka dan Negeri Sembilan, ia amat membimbangkan BN kerana sokongan kaum Melayu kepada BN sudahpun lama luntur sejak PRU 14 lagi. Ini suatu petanda tidak baik dan pasti mengancam kedudukan BN di Semenanjung dan seterusnya Malaysia.

Dengan Undi Cina pula, PRN Johor menunjukkan BN telah mampu meraih 12.7% undi Cina dan 35.6% undi kaum India, tetapi parti pesaing utama, iaitu PN juga berjaya mengutip cukup undi India walaupun gagal dengan undi Cina.

Dengan itu Perikatan Nasional dijangka dapat mengatasi kekuatan BN di banyak negeri di Semenanjung dengan majoriti undi Melayu dan dengan sokongan daripada sebilangan undi India. Terpulanglah kepada PN berusaha menembusi kubu Pakatan Harapan dan memikat undi Cina untuk memenangi PRU 15 nanti. Tetapi jangan abaikan undi Melayu dan India.

Wallahu a’lam

.

DAH IKHWAN

.

JADUAL

PARTIUNDI MELAYUUNDI CINAUNDI INDIAR-Squared
BN -Coeff
T-Value
0.607
24.5
0.127
2.92
0.356
2.79
0.85
PH – Coeff.
T-Value
0
0.817
25.49
0.362
3.83
0.96
PN – Coeff.
T-Value
0.386
20.39
0
0.273
2.81
0.84
Regression Analysis of Johor State Election . . .Source: DAH IKHWAN

.

1 Comment

  1. Rawa Lanun-Bahasa

    SALAAM
    PRU15: Rough Notes

    To consider
    Young voters and MUDA
    Young voters and Armada under Wan Fayhsal
    Cost to campaign and promote

    Normal Thoughts of Muda-mudi
    Employment opportunities
    Standard of living
    Savings ‘after pension’
    Quality of life for family

    Target slow down the progress inevitable
    Sarawak Merdeka
    Penang Merdeka

    July PRU15 imho

    Wallahuaklam

Comments are closed