PRU 15: Laporan Dari Sabah

Pembantu saya tiba di Kota Kinabalu pada petang Rabu 16 November selepas membuat tinjauan dua hari di Kelantan. Terdahulu saya menjanjikan Laporan dari Terengganu, tapi ma’af sebab kesuntukan masa tambahan pula pembantu saya uzur sedikit, lawatan dan laporan dari Terengganu terpaksa dibatalkan.

Di Sabah suasana politik kurang menentu atas sebab terlalu banyak parti yang bertanding. Pada awalnya sukar hendak mempasti sentiment terkini pengundi. Jadi saya mulai banyak berpandu dengan keputusan PRN yang diadakan pada tahun 2020, satu data yang agak lapok. Dengan tinjauan secara fisikal dari pemberita kami ini dapatlah kita merasai suasana dan sentimen setempat terkini.

Sabah mempunya 26 kerusi Parlimen yang kini diduduki oleh Warisan dengan kerusi terbanyak, disusuli oleh BN, Bersatu dan selebihnya oleh parti PH dan GRS tempatan. Pada PRU 15 senarai calon adalah seperti berikut:

.

NAMA PARTIKERUSI DITANDINGI PRU 15KERUSI MENANG(PRU 14)
WARISAN239
PH234
GRS-BN1210
GRS-BERSATU7
GRS-PBS2
GRS-STAR21
PRU 15:Calon mengikut parti bertanding

Suasana di lapangan menunjukkan setiap parti yang bertanding mendapat sokongan tersendiri, dengan parti Warisan mendahului persaingan disusuli oleh BN dan Bersatu. Pendekatan WARISAN dengan slogan Sabah for Sabahan banyak memikat rakyat Sabah seperti dalam video dibawah:

Penceramah WARISAN yang bersemangat

Ceramah oleh Parti GRS-BERSATU juga tidak kurang hebat, dan di banjiri ramai penduduk seperti dalam gambar di bawah:

PRU 15: Ceramah GRS-BERSATU di KK
MANIFESTO PARTI WAWASAN YANG MENARIK HATI RAKYAT SABAH

Ramalan Keputusan bagi Wilayah Sabah telah kita terbitkan terdahulu didalam Ramalan untuk seluruh Malaysia dengan WARISAN 9 KERUSI, UMNO 6 dan BERATU 3. Momentum WARISAN kini semakin rancak dan wakil kami telah sempat menemuramah ramai pengundi dibeberapa tempat Sabah. Ada dikalangan responden tempatan meramal WARISAN boleh mencapai sehingga 14 kerusi dalam PRU kali ini.

Sekian dari kami. Wallahu a’lam

.

DAH IKHWAN