RAMALAN PILIHANRAYA KECIL SEMENYIH N 24

.

Suasana di Semenyih nampaknya semakin panas dengan Barsan Nasional mencuba bersungguh-sungguh hendak merampas kembali kerusi yang  hilang pada PRU 14 tahun lepas. Kedua-dua pihak kini  berhadapan dengan keadaan yang genting dan dianggap sebagai penanda aras sokongan terkini samaada bagi parti Pakatan Harapan atau Barisan Nasioal.

Bagi BN ini dianggap satu ujian untuk membuktikan orang Melayu yang  kini berasa terpinggir dalam negara sendiri sudah mulai bertidak balas mengukuhkan kedudukan politik mereka. Bagi parti PH pula ia perlu memenangi kerusi ini bagi membuktikan  kekuatannya di Selangor tidak menurun, lebih-lebih PPBM yang masih berhadapan dengan persoalan tentang kedudukannya didalam politik masyarakat Melayu.

Di bawah saya paparkan  data dari tiga PRU yang lepas untuk menghayati suasana kawasan Semenyih selanjutnya:

Pilihan Raya           Undi  BN       Undi PR/PH    Undi Parti Lain

PRU 12                    11588             10,448

PRU 13                    17,616           13471              5,568 (PSM)

PRU 14                    14,464           23,428            6,966 (PAS)
                                                                               1,293 (PSM)

Pada PRU 14, Kawasan DUN 24 Semenyeh mempunyai  53,257 orang pengundi dengan Melayu 67.71%, Cina  16.69% dan pengundi India  13.73%. Ini menjadikan kawasan ini sebuah kubu kuat UMNO sebelum ia terjatuh kepada PH pada PRU 14 tahun 2018 yang lalu.

Pertembungan dikawasan ini berkisar isu –isu utama didahului dengan soal kedudukan dan hak bangsa  Melayu dan  Agama Islam dalam negara dan isu-isu tempatan seperti  isu tol,  sara hidup dan kenaikan harga barang. Isu-isu ini nampaknya mengatasi  isu 1MDB  dan korupsi yang mendominasi suasana dalam PRU 14 yang lepas. Bolehlah dirumuskan yang isu utama dalam PRK ini banyak memihak kepada Barisan Nasional.

Kini BN dan PAS berkerjasama dengan lebih rapat setakat tarikh artikel ini diterbitkan. Dengan izin Allah, jika kerjasama ini beterusan, BN dijangka mampu mempeolehi hampir kesemua undi untuk parti PAS  dalam PRU 14  yang lepas dan  dengan ini BN hanya memerlukan voter swing kira-kira 1,000 undi sahaja untuk menang.

Jika momentum di Cameron Highland berterusan, maka tidaklah amat sukar untuk BN menawan kembali kawasan ini. Pada PRU 14, PH telah memperolehi 39% undi Melayu di Selangor sementara BN dan PAS memperolehi sejumlah 61%, dalam suasana politik yang amat sukar pernah dilalui BN.  Untuk memenangi kawasan Semenyeh BN bersama PAS perlu memenangi sekurang-kurangnya 68% undi Melayu.

Sebagai perbandingan, dalam PRU 14 Pakatan Harapan telah memperolehi 100% undi Cina dan 75% undi India di Selangor.

Selain itu, BN dan PAS perlu berusaha bersungguh-sungguh mengerah seluruh tenaga untuk mencapai peratusan mengundi yang tinggi dikalangan orang Melayu, apalagi peratusan mengundi di Selangor dalam beberapa PRK baru-baru ini  terbukti amat rendah hanya di sekitar 45% sahaja, dengan undi Melayu yang paling rendah sekali. Perlu juga diingatkan jentera parti DAP  amat berkesan dalam meningkat peratusan mengundi dari kalangan pengundi Cina dan India untuk mengimbangi sebarang kelebihan pada  Barisan Nasional. Jadi perlulah berwaspada.

Agaknya, peratusan rendah Melayu yang keluar mengundi baru-baru ini disebabkan kesan lanjutan Tsunami yang melanda BN pada tahun lepas. Kini setelah sepuluh bulan berlalu, kesannya mulai menurun, jadi pihak BN sepatutnya meningkat dan menumpukan usaha mengerah, jika boleh semua pengundi Melayu supaya turun mengundi. Para pengundi Melayu sekarang agaknya sudah pasti bersedia bertindak menghakis pengaruh DAP yang kini sudah menjadi kuasa politik dominan di Malaysia.

Dengan keadaan di atas saya menganggarkan Undi yang boleh di menangi dalam PRK Semenyih adalah seperti berikut:

PARTI POLITIK         UNDI              MAJORITI                 KEPUTUSAN

BN(MAKSIMA)        14,924          1,097                         BN MENANG

BN(MINIMA)           10,297          4,627                         PH MENANG

Keputusan PRK Semenyih adalah dijangka dalam lingkungan di atas. Jika pola pengundian di beberapa PRK di Selangor yang baru lepas berterusan, kemenangan boleh memihak kepada PH. Tetapi, beberapa bulan selepas PRK-PRK itu, keadaan sudah mulai berubah.

Nampaknya, setelah sembilan bulan PH berkuasa masyarakat Melayu mulai sedar yang wakil rakyat dan menteri mereka dalam PH takut menyuarakan isu hak Melayu dan kedudukan agama Islam. Mereka hanya mampu membisu atau biasanya hanya tunduk kepada kehendak DAP. Mengapa mereka bersikap demikian, jawapannya ada di link ini.

Keadaan nampaknya sudah berubah dengan tanda-tanda kebangkitan semangat Melayu dan Islam yang diperjuangkan Parti UMNO dan PAS. Setelah mengambil kira adanya  tanda-tanda anjakan politik di seluruh Semenanjung( termasuk Selangor) kearah ini, serta lanjutan daripada suasana di PRK Cameron Highland sebelum ini, dijangka BN akan memenangi PRK DUN Semenyih dengan majority kira-kira 1,000 undi. Ingatlah, turunlah beramai-ramai untuk memastikan kemenangan.TAMAT

Sekian, wallahu a’lam

.

DAH IKHWAN         

About DAH IKHWAN

Born in Kuching in 1948. Obtained Bachelor of Economics (Hons), U Malaya, and MBA, U Leuven, Belgium. Worked in senior management positions in Government Service until retirement in 2003. Business entrepreneur in the last 20 years and active in social organisations, besides being on the Board of government agencies, GLCs and member of top level advisory councils of the Government. Social and political research, analysis and writing are my hobbies.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

4 Responses to RAMALAN PILIHANRAYA KECIL SEMENYIH N 24

  1. drmuz says:

    Yours is similar to Ilham Ctr research. Still it will be close fight. Logistic during polling day very crucial.

  2. drmuz says:

    tepat Tuan prediction.syabas. Jasin hamoir pasti BN.kekal.Rantau bagaimana?

Comments are closed.