PRU 14: Ramalan Keputusan DUN Kelantan

Bolehkan  PAS bertahan di Kelantan tanpa Nik Aziz dan berhadapan pula dengan puak serpihan parti PAN. Ini mungkin bukan  satu  masalah jika tiada wujud pesaing lain seperti UMNO  yang sudah lama ingin berkuasa semula di sana. Tetapi, UMNO juga ada pengaruh besar diKelantan dan pernah memerintah negeri itu pada beberapa ketika dahulu.

Pada PRU 13 parti PAS telah berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai parti pemerintah di Kelantan. Model Equation untuk PRU 13, yang dihasil menunjukkan 54% pengundi Melayu telah mengundi PAS dan 46% mengundi BN dalam kawasan-kawasan yang dipertandingkan.

Untuk memenangi negeri Kelantan, pada zahirnya BN hanya memerlukan voter swing 5%. Jika parti PAN juga bertanding disetiap kawasan, kedudukan PAS memang amat tercabar, jika parti PAN berjaya meraih 5% daripada keseluruhan undi. Tambahan pula ada tanda-tanda menunjukkan kemarahan wujud dikalangan rakyat Kelantan terhadap PAS disebabkan pendirian parti yang dianggap tidak tegas dan terselisih dari dasar sebelum ini. Sebaliknya, Mahathir sekutu PAN  tidak dijangka menjejaskan kekuatan UMNO memandangkan Mahathir tidak mempunyai pengaruh yang signifikan di sana  kerana tindakan beliau selalu menindas negeri ini semasa  menjadi Perdana Menteri dahulu.

Model equation yang saya gunapakai memperkenalkan coefficient kesetiaan pengundi menggunakan data daripada peratusan undi diperolehi calon parti masing-masing pada PRU sebelumnya. Bagi negeri Kelantan T-Value yang significant bagi coefficient ini ialah sekurang-kurangnya 2.57. Bagi Parti PAS, T-Value nya ialah 3.72, bermakna suatu kedudukan yang sukar diganggu gugat, dalam perlawanan dua penjuru seperti dahulu (lagi tinggi nilai T-Value, lagi teguh kedudukannya). Tetapi dengan pertandingan tiga penjuru, Parti PAN dijangka mampu mencuri sebilangan undi parti PAS dalam PRU 14, justeru membahyakan kedudukan PAS disana.

Bagi parti BN pula, faktor kesetiaan pengundi ialah ialah dengan T-value 5.39 iaitu satu tahap kesetian pengundi yang sukar diganggu-gugat. Malah dengan ketiadaan Nik Aziz dijangka sedikit pindahan undi dari parti PAS kepada BN.

Dengan keadaan di atas saya menjangka sokongan pengundi Melayu kepada BN akan meningkat 3-5 mata  daripada  46% pada PRU 13. Sementara itu PAS juga dijangka kehilangan undi sebanyak 3-5  mata kepada Pakatan Harapan.

Dengan keadaan di atas dengan simulasi matematik adalah dijangka keputusan PRU 14 bagi DUN Kelantan adalah seperti dibawah:

Parti politik           Kerusi DUN(BN Minima)           Kerusi DUN (BN Maxima) 

Barisan Nasional               22                                                        29
PAS                                       23                                                        16
Pakatan Harapan                0                                                          0
Jumlah                                 45                                                       45

Dengan angka seperti di atas nampaknya peluang bagi BN menawan Kelantan adalah cerah.

Salam, wallahu a’lam

DAH IKHWAN

 

Artikel-artikel Berkaitan

1.PRU 14: Ramalan DUN Selangor.
2PRU 14: Ramalan DUN Kedah

       

 

 

2 Comments

  1. Anonymous

    Kalah teruk BN kat Kelantan

    • PHitnahNO1

      Seteruk-teruk BN, teruk lagi PH..kahkahkah

Comments are closed