PRU 14 (tahun 2018): Ramalan Keputusan DUN Kedah

Kedah  menjadi negeri yang  hangat  dalam PRU kali ini kerana faktor Tun Mahathir sebagai ketua Pembangkang menentang kerajaan BN di sana.

Kini  BN memiliki 21 kerusi DUN sementara PAS, 9 dan Pakatan Harapan ada 6 kerusi sahaja. Jelas DUN Kedah di dominasi oleh BN dan PAS  sementara PH sekarang  hanya menampakkan kedudukan yang ketiga. Adakah kedudukan ini akan kekal atau berubah pada PRU 14  bergantung kepada kesetiaan pengundi-pengundi Melayu kepada BN dan PAS masing-masingnya. Ini kerana jumlah pengundi Melayu adalah dalam kedudukan yang amat dominan, iaitu 82% daripada keseluruhan pengundi di Kedah sementara pengundi-pengundi Cina yang berjumlah 12.7% dan India 5.3% juga boleh memainkan peranan mereka di kawasan majoriti tipis yang diperolehi dalam PRU 13 dahulu.

[Untuk Ramalan Parlimen seluruh Malaysia sila klik di  sini]

Adalah dijangka Parti PPBM dapat menarik sebilangan undi tradisi  BN sementara parti PAN akan menarik sebilangan undi tradisi pembangkang dari parti PAS. Kemampuan parti PPBM dari segi ini  dijangka lebih ampuh daripada dayatarik parti  PAN bagi   penyokong tradisi parti PAS. Ini disebabkan faktor personaliti Tun Mahathir yang lebih menyerlah daripada pemimpin PAN dari negeri Kedah. Faktor penentu yang kedua ialah faktor kesetian penyokong kepada parti BN dan PAS masing-masingnya. Dalam hal ini saya telah membuat kajian regression analisis kepada data pengundian kawasan Parlimen Kedah dan mendapati yang coefficient kesetiaan kepada PAS ( T Value 10.27)  adalah jauh lebih signifikan daripada coefficient untuk BN( T Value 2.62).

Dengan keadaan demikian kemampuan parti BN mempertahan undi asal PRU 13 dijangka kurang berkesan berbanding kemampuan parti PAS, tetapi BN mulai dengan baseline  data yang lebih baik dengan undi Melayu 56% (PRU 13) berbanding  hanya 44% untuk parti PAS.

Disamping diatas, bilangan pengundi Cina di Kedah (12.5%) dan pengundi India (5.3%) akan juga memberi kesan kepada keputusan pemilihan di beberapa kawasan campuran yang bermajoriti tipis dalam PRU yang lepas.

Dalam membuat ramalan ini, saya ambilkira semua faktor diatas, iaitu faktor kaum dan faktor kesetian pengundi kepada parti2 yang dominan untuk membuat simulasi bagi menganggar undi yang mungkin diraih setiap pihak dalam pertandingan tiga penjuru.

Adalah dianggar pihak Pakatan Harapan mampu menarik kira-kira 20% peratus undi Melayu, sementara undi  Melayu BN dari 40-46% sementara undi Melayu untuk  PAS antara 38-40%. Undi Cina kekal diparas 10% dan India meningkat ke 60% untuk BN.

Dengan angka-angka seperti di atas, keputusan PRU 14 untuk DUN Kedah adalah dianggar seperti berikut:

Parti                                          Anggaran Kerusi DUN KEDAH  PRU 14
.                                                 .BN  maxima                BN   minima

BN                                                   26                                  20
PAKATAN HARAPAN                 6                                    11
PAS                                                  4                                     5

JUMLAH KERUSI                       36                                  36

 

Sekian, wallahu a’lam

DAH IKHWAN

 

Artikel-artikel Berkaitan:

1.PRU 14: General Election Forecast for DUN Sabah
2.PRU 14: Ramalan DUN Selangor
3.PRU 14: Ramalan DUN Kelantan

7 Comments

  1. Kamarul

    Salam tuan… saya memang menantikan analisa tuan utk pru 14 ini..satu2nya blog yg saya nantikan analisanya yg pd saya ada kredibiliti dan penilitian yg mrndalam serta tidak memihak..cuma nak tanya
    1) adakah analisa utk negeri kedah ini dibuat selepas persempadanan semula atau sebelum?
    2) bila tuan blh update utk analisa utk negeri selangor selepasengbil kira persempadanan semula..
    3) saya juga menanti analisa kerusi parlimen

    • DAH IKHWAN

      waalaikumsalam Sdr Kamarul. Ramalan ini dibuat selepas ambil kira persempadanan semula.

  2. Ir Dino Bravo

    DI, how about prediction analysis for the entire country and all other states. As a previous PhD candidate (but could not get thru due to technical issue), I highly regards the power of statistics. But if possible, DI can indicate the IV, DV and some ideas on weightage.

    • DAH IKHWAN

      Thanks Dino, I have done for Selangor, Kedah and Kelantan already and soon will do one for Sabah and I am short of time to do more. Soon I will do one for Parliament for the whole country.

  3. Anonymous

    untuk parlimen Langkawi apa ramalan keputusan

    • DAH IKHWAN

      Saya tak dapat buat kajian ilmiah untuk satu kawasan sahaja, tetapi berita yang yang saya terima dari rakan dari Kedah, nampaknya Tun Mahathir boleh menang di Langkawi.

Comments are closed