Analisis Keputusan PRK DUN Rantau

Seperti dijangka dalam artikel ramalan di blog ini, BN telah memenangi pilihanraya kecil Rantau, tetapi dengan majoriti yang lebih tinggi daripada jangkaan kita. Tok Mat telah mendapat sejumlah 10,397 undi dengan majoriti 4,510 undi mengalahkan calon PH yang hanya mendapat 5,887 undi.

Kemenangan yang besar seperti ini hanya boleh diperolehi dengan undi Melayu yang amat tinggi disamping sokongan baik daripada masyarakat India, dan mungkin juga undi yang sedikit bertambah dari masyarakat Cina.

Untuk merungkai persoalan di atas, saya telah meneliti keputusan dari beberapa saluran pusat mengundi, termasuk di SMK Sendayan dan SK Sega, di SJK Tamil Rantau, Ladang Sagga dan Sendayan, untuk menganggar sokongan Melayu dan India masing-masingnya. Angka-angka di tempat ini menunjukkan purata 85.0% Melayu telah mengundi BN dan angka bagi kaum India pula ialah 57.8%, manakala kaum Cina pula ialah 14.7%.

Jangkaan saya bagi BN mendapat 85% undi Melayu adalah amat tepat. Pada PRU 14 hanya seramai 69.4% Melayu mengundi BN di Negri Sembilan, tetapi 82% dalam PRU 12 dan 13 sebelumnya. Ini sungguh menampakkan hasil kerjasama BN dan PAS dan hasil semangat perpaduan Melayu dalam PRK ini.

Undi dari Masyarakat Cina juga meningkat sedikit kepada 14.7% berbanding sifar pada PRU 14 di Negeri Sembilan.

Pola sokongan masyarakat Melayu dibelakang Tok Mat sebagai calon BN nampaknya juga mendorong masyarakat India kepada BN pada kadar yang amat tinggi, iaitu 57.8% berbanding kurang daripada 35% pada kebiasaannya.

Keputusan PRK ini amat menggalakkan, mampau meningkatkan semangat juang orang UMNO dalam keadaan tertekaan sekarang. Ia mengukuhkan perpaduan didalam UMNO sendiri sambil mengekang fenomina lompat parti yang melanda parti baru-baru ini.

Pola sokongan masyarakat Melayu yang mulai pulih dijangka berterusan di masa hadapan jika kerjasama UMNO/PAS berkekalan dibawah kepimpinan baru Tok Mat. Ini kerana kepimpinan beliaulah yang berjaya menyuntik semangat baru dan menghentikan ketirisan dalam parti.

Bagaimanapun, kemenangan dalam PRK Rantau ini saya rasa bukanlah tanda aras yang cukup tepat bagi menunjuk kekuatan UMNO kini. Ini kerana terlalu banyak sentimen negatif terhadap Pakatan Harapan yang mendorong undi ke arah BN disamping faktor kekuatan Tok Mat sendiri sebagai seorang calon.

Pola pengukuhan UMNO dan BN memang ada, tetapi untuk meningkatkannya, perpaduan ummah perlu diteguhkan dan reputasi parti yang bersih dan perihatin terhadap kepentingan semua kaum juga perlu diperbaiki dan dijaga secara berpatutan dan berterusan. Sekian, wallahu a’lam.

.

.

DAH IKHWAN




About DAH IKHWAN

Born in Kuching in 1948; obtained Bachelor of Economics (Hons) from University of Malaya(1972) and MBA from KU Leuven Belgium(1978); worked in senior management positions in Government Service until retirement in 2003; business entrepreneur for over 20 years in the field of property development and headed Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak as its President for the past 17 years. Appointed member of Economic Action Council(EAC) in 2020 until 2022, under Prime Minister of Malaysia, besides being EAC member in the Sarawak State Government; also served as board member of a number of GLCs and government agencies. Started DAH IKHWAN Blog in 2008 writing on Political, Economic and Social affairs. Real name is Datu Abang Helmi bin Tan Sri Ikhwan. Date: 7 June 2026
This entry was posted in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink.