Ramalan PRK Kawasan DUN Rantau N. 27

Keadaan Kempen Pilihanraya Kecil DUN Rantau nampaknya semakin rancak sejak hari penamaan calon lebih seminggu yang lepas. Sejak PRU 14, saya tidak banyak menyediakan ramalan, hanya satu sahaja, iaitu PRK Semenyih. Di situ saya telah meramalkan kemenangan BN dan ia ternyata tepat. Atas permintaan beberapa pembaca, saya menyediakan ramalan PRK Rantau pula untuk anda sekalian.

Mengikut data PRU 14, Kawasan DUN Rantau yang terletak di Negri Sembilan mempunyai seramai 20,472 orang pengundi, terdiri daripada 53.43% Melayu, 27.01% India dan 18.81% Cina. Kerusi ini dikosongkan atas perintah mahkamah yang mengistiharkan keputusan kemenangan tanpa bertanding Mohamad Hassan dari BN pada PRU 14 sebagai tidak sah.

CalonPRU 11 (2004)PRU 12 (2008)PRU 13 (2013)
BN8,0317,73910,126
PKR1,8323,9565,513
Undi13,91615,12418,232

Jadual di atas menunjukkan DUN Rantau telah dimenangi dengan mudah oleh Tok Mat dari Parti BN sejak PRU 11 dalam tahun 2004 lagi. Kali ini beliau bertanding lagi di bawah BN dan di tentang oleh Dr. S Streram daripada PH (PKR) dan dua orang calon bebas.

Mengikut analasis keputusan dalam baberapa Pilihanraya yang lepas, Negri Sembilan adalah sebuah negeri kubu kuat UMNO yang telah meraih sebanyak 82% undi Melayu dalam PRU 12 dan 13 tetapi menurun kepada 69.4% pada PRU 14. Dalam suasana politik hari ini yang termasuk kerjasama UMNO dan PAS, momentum perpaduan Melayu yang kian meningkat, isu-isu negatif yang melanda Pakatan Harapan, disamping populariti Tok Mat sendiri, adalah dijangka sokongan Melayu kepada BN meningkat kembali. Adalah amat perlu untuk BN dan PAS berkempen bersungguh2 pada sa’at- sa’at akhir PRK ini untuk menarik undi Melayu sekurang-kurangnya ke tahap 85%.

Selain undi Melayu, undi kaum India adalah tidak kurang pentingnya untuk mencapai kemenangan. Undi dari kaum India di Negeri Sembilan untuk BN pada PRU 12 dan 13 adalah diantara 25-31% dan telah turun mendadak pada PRU 14.

Saya menjangka pertandingan pada PRK ini adalah amat sengit. Pada maxima BN boleh memenangi dengan majoriti 500 undi atau pada minima BN mungkin kalah dengan majoriti 800 undi. Namun demikian kemenangan mungkin menyebelahi BN atas plus factor calon sendiri tetapi perlu memperolehi undi Melayu pada paras 85%. dengan undi Cina 5% dan India 15%. Juga amat perlu BN berusaha bersungguh-sungguh mencapai voter turnout sekurang-kurangnya 85% dikalangan pengundi Melayu.

Jadi, Tok Mat perlu megambil langkah yang perlu bagi menentukan semua pengundi Melayu dari luar kawasan kembali mengundi dan menyediakan pengangkutan untuk semua pengundi Melayu yang tidak berupaya.

Sekian, wallahu a’lam

.

.

DAH IKHWAN

Artikel yang berkaitan:

  1. PRU 14: Siapakah Pengundi Ahli Parlimen di Kawasan Anda?

About DAH IKHWAN

Born in Kuching in 1948; obtained Bachelor of Economics (Hons) from University of Malaya(1972) and MBA from KU Leuven Belgium(1978); worked in senior management positions in Government Service until retirement in 2003; business entrepreneur for over 20 years in the field of property development and headed Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak as its President for the past 17 years. Appointed member of Economic Action Council(EAC) in 2020 until 2022, under Prime Minister of Malaysia, besides being EAC member in the Sarawak State Government; also served as board member of a number of GLCs and government agencies. Started DAH IKHWAN Blog in 2008 writing on Political, Economic and Social affairs. Real name is Datu Abang Helmi bin Tan Sri Ikhwan. Date: 7 June 2026
This entry was posted in Artikel Politik, Pilihanraya Kecil and tagged . Bookmark the permalink.

3 Responses to Ramalan PRK Kawasan DUN Rantau N. 27

  1. Anonymous says:

    Semoga Allah redho dgn kijesama UMNo-PAS dan kemenangan berpihak kpd yg sokong Islam..

  2. drmuz says:

    seems to be very tough fight. 5 percent. hinese.votes.betul betul dahsyat sokongan.padu pengundi.cina.pada PH.

  3. DAH IKHWAN says:

    Alhamdulillah BN won and with a better majority than expected.

Comments are closed.