PRK Tanjung Piai P.165: Komen dan Analisis Keputusan

Seperti dijangka Barisan Nasional telah memenangi Pilihan Raya Kecil in dengan amat bergaya dengan majoriti 15,086 undi, melebihi anggaran dalam ramalan kita. Dalam PRK ini BN telah mendapat 25,466 undi berbanding dengan hanya 10,380 yang mengundi PH. Inilah kemenangan yang keempat berturut-turut selepas PRK Cameron Highland, Semenyih dan Rantau.

Analisis menunjukkan peratusan yag turun menggundi hanya pada kadar 74.34% berbanding 85% dalam ramalan kita. Laporan menyatakan penurunan ini disebabkan agak ramai pengundi kaum Cina tidak turun menggundi kerana protes terhadap DAP dan Pakatan Harapan. Bagaimanapun, majoriti tinggi dan diluar jangkaan ini menggambarkan yang undi Cina juga banyak berpindah kepada BN, mungkin mencecah kadar kira-kira 40%, manakala sokongan Melayu pula kira-kira pada kadar 80%.

Sekali gus kemenangan ini membuktikan yang perpaduan Melayu yang didokong oleh UMNO dan PAS, sedang membuahkan hasil dengan gelombang yang semakin kencang dan pasti akan berterusan melangkaui PRU 15 nanti. Dengan kerjasama parti MCA dan MIC dan berkemungkinan juga dari parti-parti pemerintah di Sarawak dan Sabah dimasa hadapan, ini boleh menjadi gelombang nasional yang dapat diterima masyarakat berbilang kaum dan agama.

Bagaimanapun, perlu diingatkan peratusan sokongan yang tinggi daripada pegundi Cina kepada BN tidak boleh diambil sebangai tanda aras trend sokongan kerana kebanyakan undi mereka kali ini merupakan undi protes dan untuk seorang Calon MCA yang popular.

Sudah pasti DAP dan PKR tidak berdiam diri dengan perkembangan baru ini. Kinipun dan sudah hampir dua tahun mereka berusaha dengan gigih meredah kawasan luar bandar sambil menghasut penduduk yang bukan beragama Islam untuk membenci GPS di Sarawak dan parti-parti asal Sabah. Jika dakyah mereka berhasil, maka Sarawak dan Sabah mungkin menjadi ‘Simpanan Tetap’ mereka, seperti kedudukan BN sebelum ini.

Perlu diingatkan kerja-kerja menghasut di luar bandar negeri Borneo tidaklah begitu sukar. Ini kerana sudah ada titik persamaan antara ahli-ahli DAP dan PKR dengan penduduk perdalaman di sana kerana majoriti mereka adalah sama-sama bukan beragama Islam. Jika DAP dan PKR berjaya memecah-belahkan orang Melayu Semenanjung yang kesemuanya beragama Islam, kerja menghasut di negeri-negeri Borneo dijangka lebih mudah. Selama ini yang menyatukan masyarakat Melayu dan Bumiputera lain ialah hak bersama sebagai Bumiputera dan kecenderung kepada kuasa otonomi. Selama manakah ikatan ini berkekalan sukar diramalkan. Isu ini penting kerana dalam senario kekuatan yang setimpal diantara Pakatan Harapan disatu pihak dan Barisan Nasional dan PAS, dipihak yang lain, perpaduan penduduk Bumiputera di Borneo dan arah politik mereka pasti akan menjadi faktor penentu.

Sekian, untuk difikirkan bersama.

.

DAH IKHWAN