13 Perkara Anda Perlu Lupakan Untuk Berjaya

(terjemahan daripada artikel bahasa Inggeris oleh Zdravko Cvijetic13 THINGS YOU SHOULD GIVE UP IF YOU WANT TO BE SUCCESSFUL)

Kadang-kala untuk berjaya, anda perlu mendampingi orang yang punyai peribadi yang berjaya, tidak perlu lebih daripada itu, tetapi hanya perlu mengenepikan sebahagian daripadanya.

Ada beberapa perkara bersifat universal dan jika anda mengenepikan nya, anda akan berjaya, walaupun anda mempunyai definisi yang berbeza tentang kejayaan.

Sebahagiannya anda boleh ketepikan hari ini, manakala yang lain memerlukan masa yang lebih lama.

1. Tinggalkan cara hidup yang tidak sihat. Semuanya bermula disini. Pertama, jagakan kesihatan anda dan lepas itu ingatlah dua perkara,

  • permakanan yang sihat
  • kegiatan jasmani.

Satu langkah kecil yang anda syukuri kemudian hari nanti.

2. Tinggalkan mindset jangka-pendek

Orang yang berjaya menggunakan matlamat jangka-panjang, dan mereka tahu yang matlamat ini hasil daripada tabi’at jangka-pendek harian.

Tabi’at ini janganlah anda lakukan untuk jalan pintas mencapai sesuatu, kerana pasti ia membebankan. Amalkan dan jadikan ia sebagai sebahagian jatidiri anda.

3. Jangan bersikap terlalu sederhana( give up playing small)

“Sikap yang terlalu sederhana tidak menyumbang  kepada alam sekeliling ada. Tiada fa’edahnya sikap ini yang hanya bertujuan menjaga hati orang disekeliling anda. Kita semua sepatutnya menyerlah, sebagai semasa kanak-kanak dahulu. Ia bukan hanya wujud dikalangan setengah-setengah  kita sahaja; ia wujud didalam kita semua, dan sementara cahaya kita menyinar, secara subconscious kita membenarkan ia terjadi  dikalangan rakan-rakan lain.  Ketika kita mulai bebas daripada kegentaran, kehadiran kita secara otomatik membebaskan orang  lain.” – Marianne Williamson

Jika anda tidak pernah mencuba dan mengambil peluang besar, atau  menjadikan impian suatu realiti, anda tidak akan merealisasikan potensi anda yang sebenar.Dan dunia tidak akan menikmati fa’edah yang anda sepatutnya  mampu  capai.

Jadi, suarakan idea anda, jangan takut gagal, dan jangan pula takut berjaya.

4. Jangan Memberi Alasan

Orang yang berjaya tahu yang mereka bertanggung-jawab keatas kehidupan mereka, tidak kira titik permulaannya, kelemahan, dan kegagalan masa lampau.

Menyedari yang anda bertanggung-jawab keatas fasa seterusnya dalam hidup anda, sangat mengerunkan, tetapi juga memerangsangkan.

Tapi, hanya dengan jalan inilah anda boleh mencapai kejayaan, kerana dengan memberi helah akan mengehadkan pertumbuhan anda sebagai individu dan dari segi professional.

Milikilah hidup anda; ia bukan milikan insan lain.

5. Tinggalkan Mindset Yang Jumud

” Masa hadapan dimiliki yang mempelajari kemahiran lebih dan menggunakannya dengan cara kreatif.” – Robert Greene, Mastery

Dalam mindset yang jumud, orang percayai kepintaran atau bakat sebagai sifat yang tidak berubah dan bakat dengan sendirinya boleh membawa kejayaan – tanpa usaha. Mereka tersilap.

Dan orang berjaya arif perkara ini. Mereka melabur masa yang banyak setiap hari memajukan mindset yang fokus kepada pertumbuhan, menerima pengetahuan baru, pelajari kemahiran baru dan mengubah persepsi mereka supaya memberi faedah dalam hidup mereka.

Ingatilah siapa anda hari ini, dan bukan siapa anda esok.

6. Jangan Percaya dengan ” Majic Bullet”

Kejayaan segera adalah suatu mistik.

Orang yang berjaya yang membuat penambaih-baikan kecilan secara berterusan setiap hari, akan mendapat ganjaran yang berlipat-ganda dan ini memberi mereka hasil yang diharapkan.

Sebab itulah anda perlu merancang untuk masa hadapan, tetapi fokus kepada hari yang terdekat, dan maju sedikit demi dedikit.

7. Elak Sikap Seorang Perfectionist

Tiada sesuatu bisa menjadi sempurna(perfect), tidak kira sebanyak mana anda usahakan.

Sikap takut gagal (atau takut kejayaan) biasa mengekang cubaan untuk bertindak, dan menyebabkan kegagalan mengenengahkan sesuata ciptaan anda kepesada dunia. Dan banyak peluang terlepas jika asyik menunggu semuanya perfect.

Jadi ayoh bertindak, kemudian perbaikilah ciptaan anda itu sedikit demi sedikit.

BERSAMBUNG sila klik di sini.

DAH IKHWAN