Sambungan 13 Perkara Anda Perlu Lupakan Untuk Berjaya

8. Elakkan Memberi fokus Kepada kerja-kerja Yang Berbeza dalam satu waktu (Give up Multi-tasking)

Orang-orang yang berjaya, mengetahui hal ini. Sebab itulah mereka memilih satu perkara sahaja dan memberi fokus penuhi sehingga ianya diterima umum. Tidak kiralah perkara itu merupakan satu ide perniagaan, perbualan atau satu sessi latihan.”Anda tidak akan sampai ke destinasi jika anda berhenti untuk membaling batu ke arah setiap anjing yang menyalak” – Winston S Churchill.

9. Lupakan Keinginan Anda Hendak Menguasai Setiap Sesuatu

Setengah perkara bergantung kepada kita dan selebihnya tidak” -Epictetus, Stoic Philosopher.Membezakan keduanya adalah amat penting .Asingkan diri anda daripada perkara yang anda tidak boleh kawal, dan fokus kepada yang anda boleh, dan ketahuilah perkara-perkara yang anda boleh kawal ialah berpunca dengan sikap anda sendiri terhadapnya.

10. Jangan Setuju dengan perkara yang tidak Menyokong Matlamat Anda

Orang yang berjaya mengetahui bagaimana hendak mencapai matlamat; mereka perlu menolak kerja, kegiatan dan kehendak daripada kawan, keluarga dan rakan sekerja.Pada jangka pendek anda mungkin mengorbankan sedikit kepuasan, tetapi apabila matlamat jangka panjang tercapai, ia amat berbaloi.

11. Lupakan Orang Yang Toxic

Jika kita selalu bersama mereka, suasana ini akan membentuk peribadi kita.

Ada yang kurang berjaya dalam kehidupan dan profession mereka, dan ada yang lebih berjaya daripada kita. Jika anda membuang masa dengan mereka yang kurang, purata pencapaian anda juga akan kurang, dengan itu juga kejayaan anda menurun.

Tetapi, jika anda biasa meluangkan masa dengan orang yang lebih berjaya daripada anda, setinggi mana sekalipun cabarannya, anda pasti akan berjaya.

Pandanglah disekeliling anda, dan lihatlah sekiranya anda perlu membuat perubahan.

12. Lupakan Kemahuan naluri anda mahu disukai

Hanya satu jalan untuk menghindar orang daripada membenci kita, iaitu dengan mengelak membuat sesuatu yang penting.

Anggaplah diri anda sebagai pasaran produk istimewa yang terhad ‘niche market’

Ada ramai orang yang menyukai niche ini dan ramai pula yang tidak. Dan apa sekalipun anda buat, namun anda tidak akan dapat mengambil hati keseluruhan pasaran.

Ini sifat tabi’e manusia, jadi anda tidak perlu bimbang.

Anda hanya perlu berpegang teguh dengan keaslian, penambah-baikan dan penambahan nilai setiap hari, dan ketahuilah bilangan ‘pembenci‘ yang bertambah, juga bererti anda sedang membuat sesuatu yang penting.

13. Lupakan Kebergantungan Anda dengan Media Sosial dan Televisyen

Melayar Web dan menontoh TV secara impulsif adalah penyakit masyarakat kini. Ini tidak sepatutnya menjadi tempat lari daripada hidup dan matlamat hidup anda. Melainkan matlamat hidup anda bergantung kepadanya, anda perlu mengurang atau menghapuskan kebergantungan ini, dan arahkan masa yang terluang untuk aktiviti yang boleh menambah baik hidup anda.

Untuk Artikel Bahagian Pertama sila klik di sini.

.

.

(diterjemah daripada artikel asal oleh)
DAH IKHWAN

About DAH IKHWAN

Born in Kuching in 1948; obtained Bachelor of Economics (Hons) from University of Malaya(1972) and MBA from KU Leuven Belgium(1978); worked in senior management positions in Government Service until retirement in 2003; business entrepreneur for over 20 years in the field of property development and headed Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak as its President for the past 17 years. Appointed member of Economic Action Council(EAC) in 2020 until 2022, under Prime Minister of Malaysia, besides being EAC member in the Sarawak State Government; also served as board member of a number of GLCs and government agencies. Started DAH IKHWAN Blog in 2008 writing on Political, Economic and Social affairs. Real name is Datu Abang Helmi bin Tan Sri Ikhwan. Date: 7 June 2026
This entry was posted in Alam Perniagaan Melayu/Bumiputera, Uncategorized. Bookmark the permalink.