Kesan PKP COVID-19 Terhadap Pembelajaran di Sekolah

Tuduhan guru makan gaji buta semasa Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) dilaksanakan timbul di media sosial baru-baru ini. Ini kerana ada persepsi dikalangan netizen yang guru-guru tidak membuat apa-apa kerja hampir setahun sekolah ditutup sejak PKP dilaksanakan.

Tuduhan di atas amat mengguris perasaan seramai 420,000 orang guru yang bertugas diseluruh negara.

Sebenarnya, di luar sektor pendidikan, amat ramai penduduk Malaysia tidak mampu menyelami betapa sukarnya suasana pengajaaran dan pembelajaran yang dilalui oleh para guru dan juga pelajar semasa PKP yang mulai sejak awal tahun ini. Apa tidaknya, dikala pelajar-pelajar sekolah dijadualkan mengikuti pelajaran dirumah secara online, majoriti ibu-bapa mereka tiada di rumah kerana tugasan kerja. Yang ada dirumah, sebok dengan tugasan lain pula.

Saya sendiri telah membuat tinjauan terhad secara rambang melalui perbualan dengan murid-murid sekolah dan guru-guru. Apa yang saya nampak secara kasar, kira-kira 70% pelajar sekolah yang mengikuti kursus-kursus secara konsistan di kawasan bandar secara online. Yang lain, kadang- kadang hadir dan ada kalinya tidak pula. Malah ada pula yang tidak hirau langsung. Keadaan di luar bandar terutama di kawasan terpencil di negeri-negeri Borneo, keadaan pasti amat runcing kerana kekurangan komputer dan talian yang diperlukan.

Siapa yang patut dipersalahkan? Hendak salahkan guru, ini tidak patut, kerana pembelajaran berlaku dalam suasana rumah masing-masing dan bukan di sekolah dalam kawalan guru-guru terbabit.

Tambahan pula pembelajaran atas talian banyak bergantung kepada akses dan kelajuan talian. Talian mungkin cukup baik bagi pelajar-pelajar bandar, tapi bagaimana pula pelajar luar bandar dan kawasan-kawasan tepencil seperti negeri negeri Borneo?

Disamping itu, bagi keluarga yang berada, akses kepada komputer tidak menjadi masalah. Tapi bagaimana pula bagi keluarga miskin yang punyai tiga atau empat anak yang bersekolah, kesemuanya pelukan komputer dengan serentak?

Kemahiran para guru dalam mengendalikan kelas online juga menjadi satu isu. Kini ada pelbagai platform yang digunakan, seperti zoom, google classroom, google meet, atau whatsapp. Jadi kemahiran guru-guru menggunakan platform ini amatlah perlu untuk membolehkan mereka mengendali sesuatu kelas. Jika tidak ini menyebabkan mereka terpaksa mengendalikan kelas online secara tidak sempurna.

Keadaan amat membimbangkan, terutamanya pelajar-pelajar Bumiputera. Tiada pula data yang ada untuk kaum Cina dan India sebagai perbandingan.

Guru di kawasan Sungai Rajang sanggup jadi ‘postmen’ redah arus hantar kerja sekolah

Jika dikira dari segi kerugian negara dalam sektor pendidikan, ia amat besar sekali, sungguhpun tidak mudah digambarkan, kerana tidak nampak dengan jelas; tidak seperti kehilangan pekerjaan atau kesan kepada perniagaan yang boleh dirasai umum. Ini pula dalam bentuk kehilangan pertumbuhan minda atau sumber manusia yang berpanjangan. Mengikut kajian di negara-negara OECD (negara-negara maju), fenomena terbantutnya pendidikan dalam masa COVID-19 menyebabkan kerugian bukan sahaja pada kohort pelajar terbabit secara langsung, tetapi juga ia turut menjejas pertumbuhan KDNK (GDP) secara berkekalan.

Soalnya bagaimana pelajar-pelajar ini hendak catch up dalam pembelajaran? Adakah kehilangan pembelajaran tahun ini perlu kelas gantian hampir sepanjang tahun depan? Bagaimana pula pepereksaan umum dilaksanakan untuk SPM? Adakah soalan2 merangkumi sukatan pelajaran tingkatan 4 dan tingkatan 5 seperti biasa? Jika ia, pasti hampir separuh pelajar akan gagal kerana tidak hadir kelas-kelas tingkatan 5? Atau, apakah Kementerian Pendidikan ambil jalan mudah sahaja dengan menurunkan threshold kelulusan? Biarlah kita tunggu bagaimana Kementerian Pendidikan menangani masalah ini.

Di Malaysia, hingga bulan Jun 2020, bilangan pembelajaran atas talian Mulai dari 23 Mar hingga 23 Jun, iaitu selama 55 hari persekolahan bebanding dengan 45 hari bagi hampir kesemua negara OECD (negara maju). Tambahan pula Malaysia kemudian kembali dengan kaedah atas talian selama 29 hari persekolahan sehingga cuti sekolah pada 17 Disember ini, menjadikannya selama 84 hari atau 37.5% daripada hari persekolahan.

Rajah di bawah menunjukkan bilangan negara OECD yang tutup sekolah semasa pandemik COVID-19.

Menyentuh perihal ketersediaan suasana dan akses kepada komputer dan talian dirumah, 96%% daripada pelajar di negara OECD memiliki akses talian, 90% akses kepada komputer, sementara 92% mempunyai suasana yang sepi sesuai untuk pembelajaran di rumah.

Sementara rajah di atas menunjukkan soal ketersediaan pelajar-pelajar sendiri, seramai 89% pelajar OECD berasa confident mampu menangani cabaran pembelajaran atas talian yang di hadapi.

Bagaimana pula keadaan di Malaysia berkaitan soal ketersediaan persekitaran rumah, akses kepada komputer dan talian dan ketersediaan pelajar-pelajar itu sendiri?

Mengikut data dikeluarkan PISA tahun 2018 (agensi UN), purata hanya 50% pelajar Malaysia mempunyai akses kepada komputer (termasuk smart phones) untuk kerja sekolah, sementara untuk pelajar-pelajar dari keluarga miskin hanya 28% sahaja yang ada kemudahan ini.

Sementara itu 72% guru Malaysia dianggar memiliki kemahiran mengintegrasi peranti digital dalam arahan kerja sekolah, tetapi hanya 48% sahaja yang ada cukup masa untuk membuatnya.

Melihat data perbandingan di atas, maka amat jelas keadaan di sini masih jauh ketinggalan.

Justeru itu, tidaklah menghairankan jika hasil daripada pembelajaran atas talian semasa tempoh PKP di Malaysia dijangka amat mengecewakan.

Atas sebab-sebab di atas, pihak kerajaan perlu mengkaji dan memikir sedalam-dalamnya jika timbul isu melanjutkan pembelajaran atas talian pada tahun 2021.

Sekian, wallahu a’lam.

.

.

DAH IKHWAN