Perang COVID-19: Adakah Kita Kini Di Landasan Yang Betul?

.

Selepas sebulan dari tarikh ramalan dalam blog ini, suasana Pandemik COVID-19 di Malaysia mulai menampakkan hasil yang bertambah baik. Sungguhpun kadar sebenar pada pertengahan bulan September masih lagi membimbangkan, tetapi keadaan mulai pulih di penghujung bulan, hampir tepat seperti diramalkan..

Carta di bawah menunjukkan Kadar Kes Harian sudah menurun kepada 12,735 kes sahaja menyamai data ramalan sebanyak 12,567 pada 30 September 2021.

Ramalan telah kita terbitkan dalam blog ini sebulan lepas pada 1 September 2021.

Data Kes Kematian juga masih membimbangkan pada 15 September, tetapi telah menurun kepada 192 kes berbanding ramalan pada aras 177.

Data-data diatas telah menunjukkan Perang COVID-19 di Malaysia adalah dalam landasan yang betul dan sudah menunjukkan kejayaan seperti diharapakan.

Pada awalnya, terutama dalam bulan Ogos, suasana betul-betul amat bercelaru. Diketika itu kes harian telah berterusan meningkat, rakyat resah kerana sekatan-sekatan SOP yang sukar difahami dan menyusahkan dan, pihak Pembangkang pula cuba mengambil kesempatan berusaha menumbangkan Kerajaan Perikatan Nasional, dengan alasan Kerajaan Gagal menangani Pandemik COVID-19. Alhamdulillah, rakyat Malaysia bijak dan tidak terlibat bersama. Tiada sebarang demonstrasi jalanan disertai rakyat. Yang ada hanyalah demonstrasi melibatkn segelintir terdiri dari Ahli Parlimen Pembangkang , selain kegiatan Kluster Mahkamah menentang Kerajaan yang disertai UMNO sendiri.

Setinggi-tinggi tahniah kepada Tan Sri Muhyddin Yassin sebagai perancang dan pelaksana utama di dalam Perang Anti COVID-19 ini. Tahniah juga kepada Perdana Menteri sekarang, YAB Ismail Sabri Yaakop dan YB Khairy Jamaluddin kerana peranan penting mereka dalam usaha yang mulai menunjukkan kesan ini.

Setakat ini Kerajaan telah berjaya memvaksin seramai 63.3% rakyat Malaysia dan, jika jumlah jangkitan kumulatif diambil kira, sebenarnya imuniti kelompok sudah mencapai 70.1%. Dengan itu Malaysia dijangka mampu melangkuai imuniti kelompok 80% seperti disasarkan pada hujung bulan Oktober ini. Kejayaan Kerajaan Malaysia dalam merancang dan melaksanakn program Imunisasi Nasional amatlah mengkagumkan.

Bagaimanapun Perang Anti COVID-19 ini belum berakhir. Kita akan pantau kemajuan seterusnya, dimana jumlah jagkitan harian dijangka menurun ke paras 5,335 orang pada hujung bulan Oktober, dengan jumlah kematian harian pula diramal menurun ke paras 75 orang. Wallahua’lam.

.

DAH IKHWAN