PRU 15: Tinjauan ke Kelantan

Pembantu penulis tiba di Kota Bharu pada petang 12 November untuk meninjau suasana kempen Pilihan Raya di ibu negeri itu dan kawasan-kawasan di sekitarnya. Sebelum itu saya telah meminta beliau ke sana dan juga ke Terengganu untuk tujuan ini, sambil menyedia laporan keadaan setempat terutama tentang isu-isu dan perkembangan politik terkini yang boleh memberi kesan kepada pilihan pengundi di sana.

Ada terdengar kecenderungan di kalangan pengundi yang inginkan perubahan imbangan kuasa di sana. Saya tanya perubahan ke arah mana, kearah BN atau PH? Beliau kata tidak jelas; ada yang cenderung kepada BN dan ada juga kepada PH. Saya rasa berubah mengarah ke PH tidak mungkin wujud secara signifikan ketika kaum Melayu di negeri-negeri lain telah meninggalkan parti berkenaan.

__________________________________________________________

PRU 15 Ramalan Mengikut Kerusi Parlimen dan Kaum

__________________________________________________________

Berubah kearah BN tidak pula mustahil, sebab dalam PRU 14 amat ramai penyokong BN di sana meninggalkan Parti. Jadi tidak menghairankan pula jika ada yang kini teringin kembali ke pangkuan BN. Bagaimanapun, saya rasa fenomena ini bukanlah signifikan. Majoriti daripada mereka pasti kekal menyokong parti PAS atau PN, suatu petanda baik untuk Perikatan Nasional. Perlu diingatkan masyarakat Melayu pada amnya masih berasa malu dengan perihal rasuah yang masih lagi melanda negara kini, dan yang telah menjatuhkan maruah bangsa kita dimerata tempat.

Fenomena kesedaran di Kelantan, bersama dengan Terengganu dan Kedah akan menentukan nasib Parti Perikatan Nasional dalam dan selepas PRU 15. Hidup mati Perikatan Nasional ditentukan di tiga buah negeri, iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah.


Perang Poster di Kota Bharu Kelantan


Keadaan di Kota Bharu tenang sahaja, perang posterpun juga terhad dengan syarat-syarat ketat ditetapkan oleh Majlis Perbandaran. Belum ada ceramah besar-besaran di KB kecuali dari parti Mat Sabu sahaja. Beliau daring. Beliau sememangnya jagoh berceramah, amat memukaukan. Orang ramai datang mendengar, tapi nak undi parti PAN, tak tahulah selagi parti dia masih dibayangi oleh parti DAP.

Interviu terhad dan secara rambang oleh pembantu saya di Kota Bharu menunjukkan rata rata orang Kelantan masih setia dengan kerajaan PAS yang ada. Mereka tidak mahukan perubahan. Malah berlandaskan analisis keputusan PRN di Melaka dan Johor, pengundi muda termasuk dari kalangan 18-20 tahun akan memihak kepada Perikatan Nasional (PAS dan BERSATU). Oleh itu keputusan PRU 15 di Kelantan akan menunjuk tidak banyak perubahan berbanding dengan PRU 14. Ia akan masih kuat memihak kepada Perikatan Nasional.

Saya telah menerima foto Husam Musa sedang berjumpa dengan pengundi di Kawasan Parlimen Pasir Mas. Masih bersemangat nampaknya Pak Husam. Beliau bertanding di situ mencuba nasib di Kelantan dengan tiket Parti PAN pula setelah kalah di kawasan Putrajaya dalam PRU lepas. Jika anda terlupa, suatu ketika dahulu beliau ni orang kanan Allahyarham Nik Aziz. Tetapi setelah boss beliau meninggal, beliau diketepikan. Terlalu ramai musuh politik dalam PAS agaknya.

Datuk Husam Musa berjumpa penduduk semasa majlis ceramah di sebuah kampung di Pasir Mas

Di kawasan-kawasan lain, saya jangka keadaan di Kawasan Parlimen Jeli agak sukar diramal. Tok Pa wakil kawasan telah memenangi kawasan ini di atas tiket BN dalam PRU 14. Beliau telah melompat parti ke Bersatu, tetapi tidak mempertahankan kerusi, mungkin atas sebab usia ( walau adapun dua orang lain yang amat tua masih mempertahankan kerusi dalam PRU ini). Bagaimanapun atas pengaruh Tok Pa saya rasa PN ada sedikit kelebihan di kawasan ini,

Tan Sri Annuar Musa tidak bertanding mempertahan kerusi beliau di Kawasan Parlimen Ketereh. Beliau tidak dipilih sebagai calon oleh Presiden UMNO atas sebab yang nyata. Saya kenal beliau seorang gentleman, tetap setia dengan umno. Jadi saya jangka BN dapat bertahan di kerusi ini.

Sekian yang dapat saya laporkan keadaan di Kelantan setakat ini. Selepas ini akan saya susuli dengan laporan di Terengganu dalam masa sehari dua ini bagi melengkap tinjauan di Pantai Timur. Terima kasih, Wallahu a’lam

.

.

DAH IKHWAN

4 Comments

  1. Muzaffar

    Terbaik Tuan sentiasa menunggu update dari Tuan dikala keadaan politik sgt sukar diramal dgn influx pengundi muda.

    Apa pun harap ramai keluar mengundi jgn jadi seperti Melaka dan Johor NK dapat 50 peratus pun susah

    • DAH IKHWAN

      Terima kasih Saudara Muzaffar. Saya akan susuli dengan Laporan di Terengganu dan Sabah dalam beberapa hari ini. Ramalan PRU 15 akan saya terbitkan pada 17 November.

  2. MOHD NASIR BIN YUSOFF YUSOFF

    Terima kasih atas laporan

  3. Ihsan899

    Sentiasa menunggu update Tuan.. Saya setuju dengan tuan, dan percaya Pas akan menjadi parti penting di Malaysia selepas PRU15 nanti.

    Ada dua pemimpin Pas yang perlu diperhatikan, iaitu Dr Samsuri dan Shahir Sulaiman.. Saya percaya mereka bakal pemimpin masa depan PAS. Mereka di ‘groom’ oleh Haji Hadi sendiri, keduanya cerdik dan miliki latar belakang yang bagus. Kalaulah Haji Hadi bersara, insyallah PAS berada dalam keadaan baik di tangan mereka berdua.

Comments are closed