PRN 2023: Tinjauan ke Kedah

Pembantu saya sudah berkampung di Kedah lebih seminggu. Beliau telah banyak buat interviu di beberapa kawasan Pilihan Raya Negeri dan menerima hampir semua jawapan yang sama, iaitu Menteri Besar Sanusi amat popular dan dengan ini beliau akan berjaya dengan mudah mempertahan kerajaan Perikatan Nasional di Kedah dalam PRN kali ini. Betulkah ramalan para responden ini, sama-samalah kita tunggu pada 12 Ogos nanti.

Sementara itu, malam minggu lepas pihak PH/BN telah mengadakan rapat umum di Guar Cempedak yang dihadiri kira-kira 10,000 orang. PM Anwar hadir berpidato sebagai penceramah utama pada malam tersebut.

Berbalik kepada interviu di atas, beberapa ahli jemaah yang dijumpa di Masjid Al Ghufran, Alor Setar menjawab Sanusi masih popular di Kedah, PH/BN tidak mampu mengambil alih kerajaan negeri. Jadi pembangkang bolehlah.

Di Sungai Petani pula, ketika meninjau pendapat enam orang responden didapati kesemua mereka menyokong Menteri Besar Sanusi – dia banyak tolong orang dan bercakap serupa bikin, walaupun ada dikalangan pemimpin PAS kata dia ni mulut agak celupar.

Seorang guru bahasa Inggeris di Alor Setar menjangka 70% undi untuk Sanusi. Beliau mengundi di DUN DERGA. Di Masjid Zahir, Masjid Negeri Kedah pula empat orang diinterviu menzahir menyokong MB Sanusi dan PN.

Sementara itu ada tiga orang penjawat awam wanita ketika di interviu di Gelora Cafe Alor Setar kesemuanya menyokong MB Sanusi.

Annuar Musa ketika berceramah di pentas Perikatan Nasional di DUN Suka Menanti, Alor Setar. Kehadiran beliau menambah lagi kerancakan kempen Perikatan Nasional di Kedah.

Hasil tinjauan ini adalah selari dengan analisis keputusan PRU 15 untuk Kedah dan Perlis yang kami buat sejurus selepas pilihan raya tersebut. Dalam analisis tersebut saya dapati PN telah mendapat 67.3% undi Melayu, BN mendapat 29% dan PH dengan 5% sahaja. Ini menunjukkan kedudukan Perikatan Nasional terlalu kuat di Kedah ketika PRU 15 dahulu. Dalam keadaan politik UMNO yang bercelaru kini, kedudukan PN dijangka menjadi lebih kukuh lagi.

Tindakan Kerajaan PH menahan dan mendakwa MB Sanusi semalam dijangka tidak memberi apa-apa faedah kepada PH/BN dalam PRN ini, malah saya rasa akan backfire dan dianggap pengundi sebagai satu tindakan yang desperate dan tidak bijak.

.

.

DAH IKHWAN

About DAH IKHWAN

Born in Kuching in 1948; obtained Bachelor of Economics (Hons) from University of Malaya(1972) and MBA from KU Leuven Belgium(1978); worked in senior management positions in Government Service until retirement in 2003; business entrepreneur for over 20 years in the field of property development and headed Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak as its President for the past 17 years. Appointed member of Economic Action Council(EAC) in 2020 until 2022, under Prime Minister of Malaysia, besides being EAC member in the Sarawak State Government; also served as board member of a number of GLCs and government agencies. Started DAH IKHWAN Blog in 2008 writing on Political, Economic and Social affairs. Real name is Datu Abang Helmi bin Tan Sri Ikhwan. Date: 7 June 2026
This entry was posted in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.