Artikel ini adalah versi Bahasa Malaysia bagi artikel Bahasa Inggeris dalam Blog ini bertarikh 10 Mei 2008 bertajuk Malaysia’s General Election 2008 : A Comprehensive Analysis. Memandangkan yang artikel asal mampu menarik agak ramai pengunjung berbahasa Inggeris, maka saya terpanggil membuat versi dalam Bahasa Malaysia untuk perhatian para pembaca berbahasa Melayu pula.
Tujuan artikel ini ialah untuk menganalisis keputusan PRU ke 12 (tahun 2008) mengikut undi kaum, iaitu peratusan daripada jumlah pengundi Melayu , Cina dan India yang mengundi Barisan Nasional. Data yang dihasilkan menganggarkan dengan agak tepat sokongan setiap kaum utama di Semenanjung Malaysia,kepada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.
Kaedah yang digunakan ialah Multiple regression analysis dengan data merangkumi keputusan dalam 165 Kawasan Pilihanraya Parlimen di Semenanjung Malaysia. Faktor faktor penentu(independent variables) yang dipilih ialah undi dari kaum Melayu, Cina dan India; peratusan undi BN pada PRU ke 11 dan berapa penggal calon menyandang kawasan berkenaan.
Data Keputusan Mengikut Kaum – BN
Hasil daripada analisis kita menunjukkan secara purata 54% daripada penggundi Melayu dalam kawasan Parlimen telah mengundi BN pada PRU 12 berbanding dengan 62% pada PRU 11.
Analisis ini juga menunjukkan pada purata, sejumlah 40% penggundi kaum Cina telah menggundi BN pada PRU 12 berbanding 56% pada PRU 11.
Bagi kaum India pula hanya seramai 10% pengundi mereka telah mengundi BN pada PRU 12 berbanding dengan sokongan amat tinggi pada paras 72% pada PRU ke 11.
Penemuan penting diatas menunjukkan sentimen kaum dalam setiap pilihanraya berubah dan tidak sama pada setiap kaum, ini dicerminkan oleh peratusan sokongan dari setiap kaum kepada BN yang sungguh berbeza. Sesungguhnya sentimen kaum adalah penentu utama dalam sesuatu pilihanraya. Ini kerana perbezaan yang amat ketara di antara kaum dinegara ini.
Data Keputusan Mengikut Kaum – Pakatan Rakyat
Memandangkan sejumlah 54% pengundi Melayu mengundi BN, yang selebihnya 44%(setelah ambil kira undi rosak) pengundi Melayu, diandaikan mengundi Pakatan Rakyat. Demikian juga mengikut kaedah yang sama, seramai 58% pengundi Cina dan 88% pengundi India telah mengundi Pakatan Rakyat pada PRU 12 tahun 2008,
Data Kesetian kepada Parti
Faktor kesetian yang digunakan ialah peratusan undi yang diperolehi oleh BN dalam kawasan parlimen yang sama pada pilihanraya sebelumnya. Hasil kajian mengesahkan ada hubungan(correlation) yang amat signifikan diantara undi yang diperolehi BN pada PRU 12 dengan peratusan undi BN perolehi pada PRU 11 atau sebelumnya. Ini bermakna secara purata, pengaruh tradisi BN dalam sesuatu kawasan adalah faktor kukuh yang sukar dilunturkan hanya dalam satu pilihanraya, bagaimana sengit sekalipun kempen dilaksanakan.
Data Pengaruh Peribadi Calon
Pada puratanya, pengaruh peribadi calon juga menunjukkan hubungan(correlation) yang cukup signifikan dengan jumlah undi yang BN perolehi. Bagaimanapun jumlah sumbangan undi peribadi ini tidaklah begitu tinggi, iaitu mulai dengan sifar bagi seorang calon baru hinggalah kepada 1480 undi bagi calon penyandang empat penggal.
Penemuan ini menandakan pada amnya seseorang penyandang kerusi boleh digantikan dengan seorang calon baru. Bagaimanapun ini seharusnya dilakukan secara berhati hati dan tidak menyeluruh, terutama apabila mengambil kira kawasan kawasan majoriti tipis dalam PRU tahun 2008, melainkan seorang penyandang itu ternyata seorang yang bermasalah dimata umum. Sebaliknya seorang penyandang lama boleh digantikan sekiranya kawasan berkenaan merupakan kawasan kubu kuat parti berkenaan.
Komen
Di bawah saya perturunkan terjemahan komen dalam artikel asal bertarikh 10 Mei 2008:
‘Sepintas lalu, kejatuhan undi Melayu untuk BN nampaknya tidaklah begitu mendadak seperti yang dialami dalam kejatuhan sokongan dari kaum Cina dan India. Namun demikian sokongan pengundi Melayu hanya pada paras 54% sangatlah membimbangkan melainkan BN mampu mengenalkan strategi yang baik untuk meningkatkan kembali sokongan undi Melayu, dalam masa yang sama berusaha untuk memulihkan keyakinan kaum Cina dan India.
Sebagai alternatif, kumpulan ultra dalam UMNO mungkin berusaha meraih kembali sokongan dengan cara membangkitkan isu isu perkauman dan Agama, termasuklah daripada pengundi yang bersimpati kepada parti PAS. PAS harus sedar yang kini mereka tidak dapat mengaku lebih Islam daripada UMNO, kerana seperti UMNO, mereka tidak dapat mengenepikan isu dan tuntutan rakan rakan bukan Islam dalam Pakatan Rakyat.
Sudah semestinya, strategi yang pertama adalah yang lebih baik kerana ia mampu mempastikan kerajaan yang setabil dan disokong oleh semua kaum.’
Alhamdulillah, sungguhpun Pak Lah tidak mampu mengenengahkan dasar yang jelas, tetapi sejak Najib menjadi Perdana Menteri, beliau telah berjaya mengenalkan pendekatan serupa dengan yang telah saya sarankan empat tahun yang lepas.
Untuk mereka yang arif tentang kaedah analisis regression, saya perturunkan model yang telah dihasilkan dalam lampiran di bawah.
Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh,
DAH Ikhwan
Artikel Artikel Berkaitan:
1.PRU 13: Ramalan untuk Negeri Kedah dan Perak
2. Senario Kekuatan DAP Selepas PRU 13.
3. PRU 13: Calon Boleh Menang (Winnable Candidates) + Lim Kit Siang di Gelang Patah
4.Sistem Penangkutan Awam KL, Singapura – Dimana Melayu Singapura.
Lampiran