Mungkinkah Perikatan Nasional Menawan Selangor?

Demam PRN 2023 Selangor semakin panas dengan parti-parti yang bertanding mengadakan rapat umum minggu ini. Ada cakap-cakap kedai kopi memberi kelebihan kepada Perikatan Nasional (PN) dan yang amat menarik ialah dapatan survei dalam terbitan ISEAS Institut Yusof Ishak Singapura yang menjangka PN mungkin menang di PRN Selangor ini.

Saya rasa masih lagi terlalu awal untuk membuat sebarang ramalan kerana, sungguhpun ada faktor penyokong ramalan tersebut, tetapi ada juga faktor yang menolaknya.

Untuk merasakan susana tempatan, saya meminta pembantu saya Lukman berkampung di Selangor-minggu sebelumnya beliau telah membuat liputan suasana di negeri Kedah.

Suasana tatkala Anwar berucap di Padang Dewan Bandaraya Shah Alam semalam mengumum nama-nama calon

Maklumbalas yang kami terima adalah dari sumber orang biasa, atau bukan daripada orang politik. Dari rakan kami seorang peguam, beliau menyatakan sentimen orang Selangor pada amnya berpuas hati dengan kerajaan negeri. Mereka hanya mahu bergerak kehadapan untuk memperbaiki kehidupan tanpa sebarang gangguan politik.

Tan seri Muhyiddin Yassin walking with Perikatan Nasional candidate for Hulu Kelang , Datuk Seri Azmin Ali (bakal MB Selangor?)

Di Restoran MATT, di Kawasan DUN Hulu Kelang, dua orang suami isteri tak suka Anwar, tetapi dua orang pasangan lagi menyokong Anwar dan MB Selangor.

Lima orang lagi pengundi di Kuala Selangor yang ditemui di sebuah Restoran menyokong MB, Selangor.

Dua orang wanita yang diinterviu di Mee Bandung Muar Restoran berkata Azmin lebih baik dari MB Amir. Mereka berkata MB Amir kurang mesra alam.

Seorang usahawan automotif yang berjaya, berkata MB OK tetapi Anwar masih baharu sebagai PM-baik biarkan dia menghabiskan penggalnya. Beliau mempersoal mengapa anak Saari Sungip mengambil tempat ayah beliau, sedangkan YB Saari sendiri tiada meninggal sebarang impak di kawasannya.

Bagaimanapun, interviu yang kami buat hanya berkisar dikawasan Hulu Kelang dan Kuala Selangor sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai mewakilkan suasana di seluruh Selangor.

Jawapan-jawapan responden hanya tertumpu kepada Menteri Besar dan tidak menyentuh kedudukan UMNO dan reaksi pengundi tradisinya terhadap halatuju politik UMNO dalam keadaan yang amat bercelaru kini. Ini pula dengan penganalis terkemuka seperti ISEAS Institut Yusof Ishak Singapura dan Professor Bridget Welsh menjangka UMNO akan kehilangan sekurang-kurangnya separuh daripada pengundi tradisi dan besar kemungkinan berpindah menyokong PN. Jika keadaan ini benar benar berlaku, maka banyak kawasan campuran akan berpindah tangan ke parti PN. Setakat mana impak ini menjadi penentu siapa yang akan membentuk kerajaan, ini memerlukan kajian yang teliti yang akan saya buat dalam Ramalan Keputusan PRN 2023 nanti.

Disini saya ingin berkongsi perspektif yang menyeluruh tentang peratusan undi mengikut kaum dalam PRU 15 di Selangor. Peratusan ini diperolehi hasil daripada multiple regression analysis ke atas data pilihan raya tersebut, dan akan saya gunakannya sebagai baseline data untuk membuat ramalan bagi PRN 2023 ini.

Analisis undian kaum Melayu Selangor menunjukkan 51.6% daripada pengundi Melayu Selangor telah mengundi PN dalam PRU 15, manakala 31.5% telah mengundi BN dan 16.1% mengundi PH. Bagi kaum Cina pula computer output daripada analisis ini menunjukkan 100% daripada kaum Cina mengundi Pakatan Harapan. Bagi kaum India pula sejumlah 88.9% mereka mengundi PH dan 11% mengundi PN dan tiada yang mengundi BN.

Sekian, sehingga berjumpa lagi dengan artikel Ramalan PRN 2023 nanti.

.

.

DAH IKHWAN

Posted in Uncategorized | Tagged , , | Comments Off on Mungkinkah Perikatan Nasional Menawan Selangor?

PRN 2023: Tinjauan ke Kedah

Pembantu saya sudah berkampung di Kedah lebih seminggu. Beliau telah banyak buat interviu di beberapa kawasan Pilihan Raya Negeri dan menerima hampir semua jawapan yang sama, iaitu Menteri Besar Sanusi amat popular dan dengan ini beliau akan berjaya dengan mudah mempertahan kerajaan Perikatan Nasional di Kedah dalam PRN kali ini. Betulkah ramalan para responden ini, sama-samalah kita tunggu pada 12 Ogos nanti.

Sementara itu, malam minggu lepas pihak PH/BN telah mengadakan rapat umum di Guar Cempedak yang dihadiri kira-kira 10,000 orang. PM Anwar hadir berpidato sebagai penceramah utama pada malam tersebut.

Berbalik kepada interviu di atas, beberapa ahli jemaah yang dijumpa di Masjid Al Ghufran, Alor Setar menjawab Sanusi masih popular di Kedah, PH/BN tidak mampu mengambil alih kerajaan negeri. Jadi pembangkang bolehlah.

Di Sungai Petani pula, ketika meninjau pendapat enam orang responden didapati kesemua mereka menyokong Menteri Besar Sanusi – dia banyak tolong orang dan bercakap serupa bikin, walaupun ada dikalangan pemimpin PAS kata dia ni mulut agak celupar.

Seorang guru bahasa Inggeris di Alor Setar menjangka 70% undi untuk Sanusi. Beliau mengundi di DUN DERGA. Di Masjid Zahir, Masjid Negeri Kedah pula empat orang diinterviu menzahir menyokong MB Sanusi dan PN.

Sementara itu ada tiga orang penjawat awam wanita ketika di interviu di Gelora Cafe Alor Setar kesemuanya menyokong MB Sanusi.

Annuar Musa ketika berceramah di pentas Perikatan Nasional di DUN Suka Menanti, Alor Setar. Kehadiran beliau menambah lagi kerancakan kempen Perikatan Nasional di Kedah.

Hasil tinjauan ini adalah selari dengan analisis keputusan PRU 15 untuk Kedah dan Perlis yang kami buat sejurus selepas pilihan raya tersebut. Dalam analisis tersebut saya dapati PN telah mendapat 67.3% undi Melayu, BN mendapat 29% dan PH dengan 5% sahaja. Ini menunjukkan kedudukan Perikatan Nasional terlalu kuat di Kedah ketika PRU 15 dahulu. Dalam keadaan politik UMNO yang bercelaru kini, kedudukan PN dijangka menjadi lebih kukuh lagi.

Tindakan Kerajaan PH menahan dan mendakwa MB Sanusi semalam dijangka tidak memberi apa-apa faedah kepada PH/BN dalam PRN ini, malah saya rasa akan backfire dan dianggap pengundi sebagai satu tindakan yang desperate dan tidak bijak.

.

.

DAH IKHWAN

Posted in Uncategorized | Tagged | Comments Off on PRN 2023: Tinjauan ke Kedah

GE15: Analysis of Results by Parliamentary Seats and Racial Sentiment

[this is English translation of the original Article: PRU 15: Analisis Keputusan Kerusi Parlimen Dan Sentimen Kaum bertarikh 31.12.22] . I have just managed to complete this analysis over a month after the 15th General Election, as being a part … Continue reading

More Galleries | Comments Off on GE15: Analysis of Results by Parliamentary Seats and Racial Sentiment

PRU 15: Election Forecast by Parliamentary Seats and Racial Sentiment

[translated from Bahasa Malaysia Version dated 15 November 2022] Introduction Racial polarisation  impacts Malaysian Politics and this will once again determine voting pattern in the coming  15th General Election; in fact it will even exceed previous election scenario. So, it … Continue reading

More Galleries | Comments Off on PRU 15: Election Forecast by Parliamentary Seats and Racial Sentiment

PRU 15: Analisis Keputusan Kerusi Parlimen Dan Sentimen Kaum

Saya baharu sahaja dapat menyiapkan analisis keputusan PRU 15, iaitu selama lebih sebulan selepas Pilihan Raya. Ini kerana dalam tempoh tersebut saya perlu memberi perhatian penuh kepada perkara-perkara lain yang amat mendesak. Bagaimanapun, artikel ini kini sudah siap, setelah membuat … Continue reading

More Galleries | 3 Comments

PRU 15: Laporan Dari Sabah

This gallery contains 2 photos.

Pembantu saya tiba di Kota Kinabalu pada petang Rabu 16 November selepas membuat tinjauan dua hari di Kelantan. Terdahulu saya menjanjikan Laporan dari Terengganu, tapi ma’af sebab kesuntukan masa tambahan pula pembantu saya uzur sedikit, lawatan dan laporan dari Terengganu … Continue reading

More Galleries | Comments Off on PRU 15: Laporan Dari Sabah

PRU 15: Ramalan Undi Mengikut Kaum dan Kerusi Parlimen

Mukadimah Polarisasi kaum menentukan cara rakyat Malaysia berpolitik dan sekali lagi akan mempengaruhi pengundian dalam PRU kali ini; malah akan melebihi keadaan sebelumnya. Maka tidaklah keterlaluan jika saya menjangka hampir 100% dari kaum Cina di Semenanjung akan mengundi Pakatan Harapan, … Continue reading

More Galleries | 5 Comments

PRU 15: Tinjauan ke Kelantan

Pembantu penulis tiba di Kota Bharu pada petang 12 November untuk meninjau suasana kempen Pilihan Raya di ibu negeri itu dan kawasan-kawasan di sekitarnya. Sebelum itu saya telah meminta beliau ke sana dan juga ke Terengganu untuk tujuan ini, sambil menyedia laporan keadaan setempat terutama tentang isu-isu dan perkembangan politik terkini yang boleh memberi kesan kepada pilihan pengundi di sana.

Ada terdengar kecenderungan di kalangan pengundi yang inginkan perubahan imbangan kuasa di sana. Saya tanya perubahan ke arah mana, kearah BN atau PH? Beliau kata tidak jelas; ada yang cenderung kepada BN dan ada juga kepada PH. Saya rasa berubah mengarah ke PH tidak mungkin wujud secara signifikan ketika kaum Melayu di negeri-negeri lain telah meninggalkan parti berkenaan.

__________________________________________________________

PRU 15 Ramalan Mengikut Kerusi Parlimen dan Kaum

__________________________________________________________

Berubah kearah BN tidak pula mustahil, sebab dalam PRU 14 amat ramai penyokong BN di sana meninggalkan Parti. Jadi tidak menghairankan pula jika ada yang kini teringin kembali ke pangkuan BN. Bagaimanapun, saya rasa fenomena ini bukanlah signifikan. Majoriti daripada mereka pasti kekal menyokong parti PAS atau PN, suatu petanda baik untuk Perikatan Nasional. Perlu diingatkan masyarakat Melayu pada amnya masih berasa malu dengan perihal rasuah yang masih lagi melanda negara kini, dan yang telah menjatuhkan maruah bangsa kita dimerata tempat.

Fenomena kesedaran di Kelantan, bersama dengan Terengganu dan Kedah akan menentukan nasib Parti Perikatan Nasional dalam dan selepas PRU 15. Hidup mati Perikatan Nasional ditentukan di tiga buah negeri, iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah.


Perang Poster di Kota Bharu Kelantan


Keadaan di Kota Bharu tenang sahaja, perang posterpun juga terhad dengan syarat-syarat ketat ditetapkan oleh Majlis Perbandaran. Belum ada ceramah besar-besaran di KB kecuali dari parti Mat Sabu sahaja. Beliau daring. Beliau sememangnya jagoh berceramah, amat memukaukan. Orang ramai datang mendengar, tapi nak undi parti PAN, tak tahulah selagi parti dia masih dibayangi oleh parti DAP.

Interviu terhad dan secara rambang oleh pembantu saya di Kota Bharu menunjukkan rata rata orang Kelantan masih setia dengan kerajaan PAS yang ada. Mereka tidak mahukan perubahan. Malah berlandaskan analisis keputusan PRN di Melaka dan Johor, pengundi muda termasuk dari kalangan 18-20 tahun akan memihak kepada Perikatan Nasional (PAS dan BERSATU). Oleh itu keputusan PRU 15 di Kelantan akan menunjuk tidak banyak perubahan berbanding dengan PRU 14. Ia akan masih kuat memihak kepada Perikatan Nasional.

Saya telah menerima foto Husam Musa sedang berjumpa dengan pengundi di Kawasan Parlimen Pasir Mas. Masih bersemangat nampaknya Pak Husam. Beliau bertanding di situ mencuba nasib di Kelantan dengan tiket Parti PAN pula setelah kalah di kawasan Putrajaya dalam PRU lepas. Jika anda terlupa, suatu ketika dahulu beliau ni orang kanan Allahyarham Nik Aziz. Tetapi setelah boss beliau meninggal, beliau diketepikan. Terlalu ramai musuh politik dalam PAS agaknya.

Datuk Husam Musa berjumpa penduduk semasa majlis ceramah di sebuah kampung di Pasir Mas

Di kawasan-kawasan lain, saya jangka keadaan di Kawasan Parlimen Jeli agak sukar diramal. Tok Pa wakil kawasan telah memenangi kawasan ini di atas tiket BN dalam PRU 14. Beliau telah melompat parti ke Bersatu, tetapi tidak mempertahankan kerusi, mungkin atas sebab usia ( walau adapun dua orang lain yang amat tua masih mempertahankan kerusi dalam PRU ini). Bagaimanapun atas pengaruh Tok Pa saya rasa PN ada sedikit kelebihan di kawasan ini,

Tan Sri Annuar Musa tidak bertanding mempertahan kerusi beliau di Kawasan Parlimen Ketereh. Beliau tidak dipilih sebagai calon oleh Presiden UMNO atas sebab yang nyata. Saya kenal beliau seorang gentleman, tetap setia dengan umno. Jadi saya jangka BN dapat bertahan di kerusi ini.

Sekian yang dapat saya laporkan keadaan di Kelantan setakat ini. Selepas ini akan saya susuli dengan laporan di Terengganu dalam masa sehari dua ini bagi melengkap tinjauan di Pantai Timur. Terima kasih, Wallahu a’lam

.

.

DAH IKHWAN

Posted in Uncategorized | 4 Comments

SENARIO POLITIK PRU 15 TIDAK SEMESTI SEPERTI UMNO JANGKA

UMNO dan Zahid Hamidi sudah ‘memenangi’ fasa pertama pertarungan yang menentukan tarikh pilihanraya, maka dengan itu PRU 15 telah ditetapkan sebelum hujung tahun ini. Samaada ini merupakan satu kemenangan sebenarnya bagi mereka, akan sama-sama kita ketahui setelah peti undi selesai … Continue reading

More Galleries | Comments Off on SENARIO POLITIK PRU 15 TIDAK SEMESTI SEPERTI UMNO JANGKA

Shift in Malay Votes To Perikatan National 

In the aftermath of The recent Malacca State Election ( PRN Melaka 2021) and the Johor State Election (PRN Johor 2022), more  research establishments are now confirming the original findings I have published earlier in this blog. Ibrahim Suffian of Merdeka … Continue reading

More Galleries | Comments Off on Shift in Malay Votes To Perikatan NationalÂ